Suami Dedah Arwah Cikgu Istiqomah Isteri Yang Taat, Mahu Hukuman Setimpal Untuk Suspek – “Kalau Boleh Hukuman Gantung”

Hiburan

Suami Dedah Arwah Cikgu Istiqomah Isteri Yang Taat, Mahu Hukuman Setimpal Untuk Suspek – “Kalau Boleh Hukuman Gantung”

Penantiannya dan keluarga selama lapan bulan berakhir dengan berita duka apabila isterinya, Istiqomah Ahmad Rozi, 33, disahkan meninggal dunia selepas ujian DNA mengesahkan mayat dijumpai tanpa kepala dan tangan di longkang tepi Jalan Alor-Gajah-Tampin adalah wanita tersebut.

Mohd Yusof Mokhtar, 35, akui masih terkejut dengan berita itu namun reda dengan takdir Ilahi malah anak-anak juga sudah faham bahawa ibu mereka kini sudah pergi buat selama-lamanya.

Advertisement

cikgu istiqomah

mayat cikgu istiqomah

Bapa kepada tiga anak itu juga berkata dia mahu suspek bunuh isterinya dikenakan hukuman setimpal dengan menyifatkan perbuatan tersebut kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Harapan saya kalau boleh saya nak hukuman yang setimpal untuk si pelaku kalau boleh hukuman gantung.

Dalam pada itu, Mohd Yusof juga berkongsi cerita bahawa arwah merupakan seorang isteri yang taat kepada suami.

Dia isteri yang baik, kalau ada apa-apa dia akan minta izin dengan saya. Saya nak keadilan untuk dia (isteri), memang kejam dia (pelaku) buat macam itu.

keluarga cikgu istiqomah

Ibu arwah, Saleha Ya, 58, berkata kali terakhir dia bertemu anak sulung daripada dua beradik itu ketika mereka bercuti kira-kira dua hari sebelum Istiqomah dilaporkan hilang.

Katanya, ketika itu mereka bercuti di Morib, Selangor dan mangsa tidak menunjukkan sebarang perubahan sehingga dimaklumkan berita kehilangan anaknya itu oleh Mohd Yusof.

Jenazah arwah akan dibawa balik dan dikebumikan di Kampung Kubang Badak, Pasir Mas, selepas selesai proses tuntutan jenazah.

bekas teman lelaki dalang pembunuhan cikgu Istiqomah
1 month ago

Kenalan Lelaki Ketika Di Universiti Disyaki Dalang Pembunuhan Cikgu Istiqomah, Berhubung Atas Urusan Forex

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo!

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...