Berita penceraian Datuk Seri Vida dan suami, Fairuz Ahmad sejak beberapa hari ini menjadi perhatian netizen. Pelbagai spekulasi mula timbul termasuk ada yang mendakwa sikap Fairuz sendiri adalah punca perpisahan itu berlaku.
Walaupun isu cerai ini sudah viral, Fairuz bagaimanapun enggan memberikan sebarang komen mengenainya.
Tengah viral ya, bior le, no comment. Biar la orang nak cakap apa. My comment is no comment.
Dalam satu temubual, Vida akui beliau kecewa dan agak terkesan dengan perpisahan ini. Iyalah, siapa yang berkahwin mahukan penceraian? Namun, Vida juga turut menyatakan beliau tidak akan cuba menyelamatkan perkahwinannya itu dan redha dengan setiap ketentuan takdir.
Terdahulu, Vida mengakui beliau dalam proses untuk bercerai dengan Fairuz tetapi beliau tidak mahu mendedahkan punca mereka membuat keputusan untuk membawa haluan masing-masing. Vida Cuma berharap agar orang ramai dapat memberikan beliau ruang dan masa untuk menyelesaikan masalahnya itu.