Beberapa hari lalu rakyat dikejutkan dengan berita Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menutup akaun Twitter yang dikatakan disyaki kerana sikap biadap netizen.
Pada pagi Sabtu ini, Raja Permaisuri Agong kembali ke laman Twitter buat seketika untuk menzahirkan rasa terkilannya atas penangkapan beberapa individu. Menurut Tuanku, rakyat tiada kaitan dalam soal Tuanku memadam akaun Twitter nya dan tiada individu sepatutnya ditahan.
Seperti yang saya katakan, saya memadamkan akaun bukan kerana komen netizen tetapi atas sebab peribadi. Tapi hari ini saya sangat kecewa apabila polis menahan individu-individu tersebut. Selama ini saya dan suami tidak pernah membuat sebarang laporan polis tentang komen buruk yang diberikan pada kami. Ini adalah negara bebas.
Semalam, polis telah menahan Ketua Pemuda Parti Sosialis Malaysia (PSM) Khalid Ismath berhubung dakwaan menghina Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong di laman sosial.