Suami Dan Anak Positif COVID-19, Ira Mohd Minta Maaf

Hiburan

Suami Dan Anak Positif COVID-19, Ira Mohd Minta Maaf

Personaliti televisyen, Ira Mohd Amin berkongsi berita kurang mengembirakan di bulan Syawal apabila beliau memberitahu suami, Mohd Shazril Ezani dan dua anaknya, Mohd Sufi dan Mohd Safi telah disahkan positif COVID-19.

Ira berkata dia dan anak sulungnya, Mohd Saif Zairif negatif dari virus COVID-19 itu setelah membuat ujian saringan .

Advertisement
Ira mohd

Ira Mohd bersama suami dan anak-anaknya.

Menerusi hantaran di Instagram nya, Ira berkata,

Dukacitanya ingin maklumkan, suami, Sufi dan Safi didapati positif COVID-19 hari ini. Semalam, kami sekeluarga melakukan ujian swab COVID-19. Keputusan pagi tadi mendapati Aril, Sufi dan Safi positif walaupun tiada sebarang gejala. Manakala keputusan Ira dan Saif adalah negatif.

Ira turut berkata, buat masa sekarang ini, dia sekeluarga sedang menjalani kuarantin sendiri di rumah mereka, dimana Ira dan Saif duduk di bilik berasingan.

Ira atau nama sebenar Zarith Adzmira Mohd Amin meminta siapa-siapa yang telah berjumpa dengan suaminya dan dua anaknya itu pada 5 Mei hingga 12 Mei untuk membuat ujian saringan jika bergejala.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...