Suami kepada pempengaruh Elcah iaitu Hafizzudin Hamri atau lebih dikenali dengan nama Afi Hamri mendakwa isterinya terpaksa membuat kenyataan kerana didesak segelintir pihak.
Menerusi Threads, Afi berkata Elcah terpaksa membuat hantaran di Instagram story untuk membersihkan nama rakan baiknya, Syada Amzah dengan mengatakan penyanyi itu tiada kaitan dan apa yang berlaku hanya salah faham.
Afi yang sebelum mendedahkan mesej perbualan Syada dan Elcah juga turut menegaskan bahawa penyanyi tersebut merupakan perosak rumah tangganya.
Isteri saya terpaksa buat kenyataan sebab ada pihak desak dia ‘clear’ kan nama Syada. Padahal dari awal dia perosak.
Tapi saya nak tegaskan, saya takkan clear kan apa-apa sampai ada kenyataan rasmi permohonan maaf dan berhenti ganggu rumah tangga kami.
View on Threads
Afi turut berkata Elcah bahagia dengannya dan mendakwa Syada pula yang asyik mempengaruhi isterinya itu untuk bercerai menerusi mesej-mesejnya.
Jangan rosakkan orang lain sebab hidup kau sendiri tak damai.