October 30th, 2018

Lantang bersuara mengenai isu politik, mencetuskan kekecohan dan provokasi demi mempertahankan kepimpinan kerajaan terdahulu, pelakon Ellie Suriaty Omar dikritik ramai.

Menerusi beberapa video yang tular di media sosial, semangat yang ditunjukkan Ellie itu agak keterlaluan sehingga ada yang menyifatkan ia sekadar lakonan semata-mata kerana sudah dibayar.

Ramai juga yang tertanya, adakah segala tindakan Ellie mendapat ‘lampu hijau’ daripada suaminya yang juga seorang pelakon iaitu Azri Iskandar.

Azri tahu mengenai apa yang saya lakukan tetapi pada masa yang sama, dia risau. Sebagai suami, dia tak mahu sebarang kejadian buruk bakal terjadi kepada saya. Namun begitu, dia sudah masak dengan perangai saya. Dia sudah sedia maklum dan tahu saya merupakan seorang wanita yang berjiwa ‘liar’.

Disebalik kecaman yang diterima, Ellie yakin sebenarnya ramai yang mengerti apa yang beliau perjuangkan dan menyokong tindakannya itu.

Sumber Berita : Astro Gempak

Kredit Foto : Malaysiakini


51 responses to “Suami Dah Masak Dengan Perangai Saya, Tahu Saya Wanita Berjiwa Liar – Ellie Suriaty”

  1. Anonymous says:

    so yg skrg gomen aru, byk kontrak dptkah dri artis2

  2. JIMBO says:

    Macam kepam sangat.

  3. Ayah says:

    Habihlah dia. Tak ada lagi kontrak daripada Rosjib!

  4. Zakiah says:

    Elie ni mmg nmpk sgt wanita yg X jaga adab..org Perak Kaya dgn adab sopan..malu ah jadi pompuan Perak..kau tak wakili pompuan2 Perak ok..

  5. peratijangantakperati says:

    pompuan ni mmg over..
    sian laki dia tahan malu

Loading...