October 30th, 2018

Lantang bersuara mengenai isu politik, mencetuskan kekecohan dan provokasi demi mempertahankan kepimpinan kerajaan terdahulu, pelakon Ellie Suriaty Omar dikritik ramai.

Menerusi beberapa video yang tular di media sosial, semangat yang ditunjukkan Ellie itu agak keterlaluan sehingga ada yang menyifatkan ia sekadar lakonan semata-mata kerana sudah dibayar.

Ramai juga yang tertanya, adakah segala tindakan Ellie mendapat ‘lampu hijau’ daripada suaminya yang juga seorang pelakon iaitu Azri Iskandar.

Azri tahu mengenai apa yang saya lakukan tetapi pada masa yang sama, dia risau. Sebagai suami, dia tak mahu sebarang kejadian buruk bakal terjadi kepada saya. Namun begitu, dia sudah masak dengan perangai saya. Dia sudah sedia maklum dan tahu saya merupakan seorang wanita yang berjiwa ‘liar’.

Disebalik kecaman yang diterima, Ellie yakin sebenarnya ramai yang mengerti apa yang beliau perjuangkan dan menyokong tindakannya itu.

Sumber Berita : Astro Gempak

Kredit Foto : Malaysiakini


51 responses to “Suami Dah Masak Dengan Perangai Saya, Tahu Saya Wanita Berjiwa Liar – Ellie Suriaty”

  1. Siti says:

    Sokong Ellie. Cuma harap jaga keselamatan diri. Bnyk musuh yg memerhati.

  2. Huhuhaha says:

    Nak perjuangkan bangsa biarlah cara bijak. Ikut je cara bangsa lain yg kuat kerja, bersatu menyokong sesama sendiri, sama2 naik, berpakat, utamakan pendidikan, jgn buang masa, jgn buat hobi yg buang duit n bahaya nyawa(contoh moto besar, paragliding,) tu kan semua buang duit n nyawa. Follow je pattern bangsa tu. Asalkan x follow yg unislamik. Sure berjaya. X perlu pergi ikut terpekik menyokong pencuri wang rajyat

  3. Anonymous says:

    Dia ni tiba2 nk jd srikandi…. kononnya utk menegakkan kebenaran. Buta ke dia ni yg kerajaan terdahulu dah byk mkn duit rakyat? Jelas nampak dia ni dibayar oleh org2 tertentu utk buat kecoh. Sebelum ni takde pun bersemangat kenegaraan mcm ni… now out of nowhere ko nak jd heroin. Instead of nampak seperti seorang srikandi, ko hanya nampak seperti manusia bodoh yg dijadikan kambing hitam je, ellie suriaty. Berhenti jd bodoh dan berhenti memalukan diri sendiri please.

Loading...