Melalui platform Threads, baru-baru ini, seorang wanita mendedahkan bahawa suaminya telah menghina parut C-Section (czer) di perut kesan daripada melahirkan anak.
Dalam pada masa yang sama, wanita itu turut mendedahkan bahawa bekas suami juga berlaku curang terhadapnya.
Dapat dilihat dalam tangkap layar mesej yang dimuat naik, lelaki berkenaan telah mengeluarkan kata-kata hinaan terhadap parut yang ada pada dirinya.
Ada ke yang nak dekat perempuan banyak stretch mark di perut?
Susulan hantaran tersebut telah tular di platform berkenaan, rata-rata netizen meluahkan rasa geram susulan bekas czer itu merupakan tanda perjuangan seorang ibu melahirkan anak tetapi lelaki berkenaan sama sekali tidak mempunyai hati serta perasaan hingga sanggup menghina.
Bukan itu saja, malah netizen itu menyuruh wanita berkenaan bersyukur kerana lelaki berkenaan sudah tidak ada lagi dalam hidupnya.