Suami Culas Bayar Nafkah? Kerajaan Selangor Rancang Tahan Gaji, Sita Aset & Jual Harta

Kehidupan

Suami Culas Bayar Nafkah? Kerajaan Selangor Rancang Tahan Gaji, Sita Aset & Jual Harta

Kerajaan negeri Selangor kini merangka langkah tegas terhadap suami yang culas dan enggan membayar nafkah, termasuk kemungkinan menyita aset mereka.

pengantin sarung cincin

gambar hiasan

Memetik laporan Berita Harian, EXCO Hal Ehwal Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi negeri, Dr Mohammad Fahmi Ngah berkata, cadangan lain turut melibatkan perintah tahan pendapatan, hiwalah (garnishment order) atau penjualan harta pihak yang ingkar membayar nafkah.

Advertisement

Pemilihan mekanisme tepat dan efisien oleh pihak yang menuntut nafkah, khususnya bekas isteri atau penjaga anak adalah antara faktor penting dalam memastikan keberkesanan penguatkuasaan perintah nafkah.

 

Kegagalan memilih saluran atau mekanisme sesuai boleh menyebabkan kelewatan, kekeliruan dan akhirnya menjejaskan hak penerima nafkah.

Kata Mohammad Fahmi, kerajaan negeri melalui Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) juga sedang merangka peluang kerjasama strategik bersama agensi lain seperti Jabatan Pendaftaran Negara, Lembaga Hasil Dalam Negeri dan institusi kewangan bagi membantu proses pengesanan dan penyitaan aset pihak yang ingkar perintah nafkah.

suami culas bayar nafkah

gambar hiasan

Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bersama-sama JAKESS, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), ahli akademik dan pakar perundangan syariah sedang meneliti dan mencadangkan pindaan terhadap Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 bagi memperkemas peruntukan berkaitan penguatkuasaan perintah nafkah.

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

2025-05-21 09:46:02

"Tabligh Dah Betul, Jangan 'Wayang' Sahaja" - Linda Hashim Harap Beego Tak Culas Tanggungjawab, Nafkah Anak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...