Suami “Chatting” Wanita Lain Di Laman Sosial, Isteri Hukum Suami Pakai Bra Dan Melutut Atas Kulit Durian

Trending

Suami “Chatting” Wanita Lain Di Laman Sosial, Isteri Hukum Suami Pakai Bra Dan Melutut Atas Kulit Durian

Biasanya bila si suami chatting dengan perempuan lain di media sosial, isteri hanya pendam rasa cemburu. Tetapi tidak bagi wanita ini yang mengenakan hukuman ‘berat’ terhadap suaminya.

Advertisement

Wanita berkenaan mendapati suaminya bersembang secara online dengan perempuan lain di aplikasi WeChat. Berang dengan tindakan suaminya itu, si isteri mendesak suaminya membuat pengakuan.

Dalam video yang dimuat naik pada 31 Oktober lalu, lelaki terbabit dilihat menangis dalam kesakitan dan malu diperlakukan seperti itu.

Si suami dipaksa memakai baju dalam berwarna pink dan seluar boxer hitam, melutut di atas kulit durian. Malah dia dipaksa melekat tuala wanita didahinya sambil dirakam oleh seorang individu yang dipercayai ahli keluarga mereka.

“Saya mengaku saya buat kesilapan. Saya tidak sepatutnya menghantar gambar peribadi di WeChat. Saya tidak sepatutnya memulakan perbualan dengan perempuan lain,” kata lelaki itu.

“Awak bersembang dengan siapa?” soal si isteri.

“Saya bersembang dengan beberapa perempuan dan bersembang mengenai perkara yang saya tidak sepatutnya lakukan,” jawabnya.

“Itulah sebabnya awak jadi begini, betul? Siapa yang suruh awak melutut?” soal wanita itu lagi.

“Isteri saya yang suruh,” jawab si suami.

“Saya suruh awak melutut dan awak akan taat pada saya selepas ini?” wanita itu mahukan jawapan kepastian.

“Saya rela menerima hukuman berat ini,” balas suaminya dengan nada sayu.

“Awak akan bersembang dengan perempuan-perempuan itu lagi?” soal isteri dengan nada garang.

Lelaki itu berjanji tidak akan mengulangi perbuatannya itu lagi dan menangis sebak.

“Awak, ini kulit durian. Saya tak mampu nak tahan kesakitan ini lagi,” katanya merayu agar wanita itu berhenti menghukumnya.

Namun tidak dinyatakan berapa lama lelaki itu telah dihukum sedemikian. Video hanya menunjukkan si suami menangis dan menahan kesakitan.

Oleh tersebarnya video itu di media sosial, rata-rata netizen menganggap lelaki itu sebagai ‘takut bini’.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...