Suami Bunga Citra Lestari Disyaki Seleweng Wang Milik Syarikat Bersama Bekas Isteri Berjumlah RM1.7 Juta

Hiburan

Suami Bunga Citra Lestari Disyaki Seleweng Wang Milik Syarikat Bersama Bekas Isteri Berjumlah RM1.7 Juta

Terkini, dunia hiburan dikejutkan dengan berita berhubung suami kepada penyanyi terkemuka Indonesia, Bunga Citra Lestari iaitu Tiko Aryawardhana yang telah didakwa melakukan penyelewengan wang syarikat yang diusahakan bersama bekas isterinya.

Tiko merupakan pengarah syarikat

Menurut sumber, Tiko yang merupakan pengarah syarikat PT Arjuna Advaya Sanjaya (AAS) telah menggelapkan wang syarikat berjumlah RM1.7 juta di antara tahun 2015 hingga 2021. Manakala bekas isterinya, Arina Winarto merupakan pemilik dan pemegang saham syarikat yang sama menurut peguam Arina bernama Leo Serigar.

Advertisement

Tiko dan Arina menubuhkan syarikat berkenaan dan ketika itu anak guam saya bertindak sebagai pemegang saham dan Tiko memegang jawatan sebagai pengarah.

 

Bagaimanapun semua modal syarikat secara keseluruhannya dikeluarkan oleh Arina.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Bunga Citra Lestari (@itsmebcl)

Dokumen profit and loss dimanipulasi

Di samping itu, Leo turut mendedahkan sepanjang syarikat berkenaan beroperasi, Arina meletakkan segala kepercayaan kepada bekas suaminya itu membuatkan Tiko memiliki kuasa penuh dalam mengurus kegiatan perniagaan termasuk urusan kewangan.

Namun, dirinya mula berasa curiga terhadap Tiko apabila menemukan dua dokumen P&L (profit and loss) yang mencurigakan.

Konflik bermula sekitar 2019 apabila Tiko menyatakan hasrat menutup syarikat kerana sudah tidak mampu membayar sewa.

 

Bagaimanapun dokumen profit and loss yang mencurigakan membuatkan Arina mula menyiasat dan mendapat laporan tersebut dimanipulasi.

 

Daripada situ, Arina melakukan siasatan dan audit menyeluruh sebelum mendapati terdapat penggunaan dana sebanyak RM1.7 juta yang tidak jelas.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tiko Aryawardhana (@tikoaryawardhana)

Susulan kejadian itu, Arina telah membuat laporan polis pada 2022 setelah Tiko gagal memberi penjelasan kukuh terhadap hasil audit yang dibuat. Kes tersebut kini sedang dalam siasatan dan masih belum mendapat maklum balas daripada pihak Tiko.

Untuk info, Tiko dan Arina bernikah pada 26 Jun 2014 namun berpisah pada 28 Oktober 2021 dan Tiko kemudian mendirikan rumah tangga bersama Bunga pada Disember tahun lalu.

bcl
7 months ago

"Suami Jadi DJ, Isteri Menari.. Makin Tak Keruan" - Video BCL Sakan Menari Di Kelab Malam Raih Perhatian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kompas

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...