Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Suami Buat Kejutan ‘Anniversary’ Sehingga Menitis Air Mata, Mawar Rashid Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke-3

Pelakon yang kini bergelar usahawan, Mawar Rashid telah berkongsi saat indah ketika ulang tahun perkahwinannya yang ke-3 bersama suami tercinta, Raf Yaakob.

Sedondon berbaju rona merah, Mawar yang kini sarat hamil dilihat telah meraikan haari bahagia mereka dengan makan malam yang sungguh romantik.

Dia yang memuat naik beberapa keping foto pada malam itu turut mengaku telah menitiskan air mata kerana terharu dengan kejutan yang diberikan suaminya itu.

Advertisement

“Happy 3 years anniversary cinta hatiku..tadi dah wish macam-macam kan..Jazakallahu khaira paplove.. Kalini dapat surprise memang dia punya tersentuh tu, lain macam. Air mata tak stop tadi..perasaan tak terungkap..syukur Alhamdullilah..Anje sayangg abang @rafyaakob..”

Manakala menerusi entri berasingan, Mawar turut memperlihatkan cincin tunang serta cincin nikah sebagai tanda cinta dan pengikat kasih sayang sesama mereka.

Advertisement

Meninjau ruangan komen, ramai peminat telah tampil mengucapkan tahniah dan mendoakan supaya pasangan ini kekal hingga ke syurga.

Sekadar info, Mawar dan suaminya telah mendirikan rumah tangga pada November 2017 yang lalu dan telah dikurniakan seorang cahaya mata, Raden Muhammad Rafael.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top