Baru-baru ini, tular satu hantaran berdasarkan kisah benar yang dikongsikan oleh Dr Christabel Akinola mengenai seorang wanita yang menghidap barah di usia 36 tahun, di mana ketika itu dirinya sedang sibuk membesarkan empat orang anak.
Baik daripada penyakit barah tapi dapat dijangkiti HIV pula
Difahamkan, selepas setahun berjuang dengan penyakit barah, wanita terbabit akhirnya sembuh daripada penyakit terbabit.
Namun begitu, nasib wanita itu sememangnya malang selepas mulutnya tiba-tiba ditumbuhi sejenis tumor yang turut dikenali sebagai Kaposi Sarcoma, tetapi kali ini bukan barah, ia merupakan simptom kepada jangkitan HIV.
View this post on Instagram
Suami positif HIV, buat hubungan ranjang dengan wanita lain
Wanita itu dijangkiti jangkita itu kerana si suami telah melakukan hubungan ranjang dengan perempuan simpanan dan kedua-dua tahu mereka positif jangkita kelamin itu.
Tetapi, si suami tidak berterus terang dengan wanita berkenaan dan masih meniduri isteri seperti biasa.
Sewaktu rawatan kimoterapi dilakukan, tahap ketahanan wanita itu sangat menurun dan dari situ simptom awal HIV mula menjangkiti diri, hingga dia menghembuskan nafas yang terakhir.