Selamat diijabkabulkan pada 3 September lalu, kehangatan majlis pernikahan pelakon jelita Mira Filzah dan suaminya Wan Emir Astra masih belum pudar dalam kalangan peminat pasangan itu.
Malah, lebih menarik, pasangan ini juga khabarnya sedang menikmati bulan madu di Langkawi. Seperti sudah menjadi kebiasaan buarnya, Mira juga difahamkan tidak lokek berkongsikan momen romanstis mereka di Instagram untuk tatapan peminat.
Bagaimanapun, apa yang menjadi perhatian ramai adalah gambar pasangan itu apabila wujud segelintir pihak yang terkejut melihat Wan Emir dari dekat apabila kelihatan rambutnya seolah ada helaian berwarna putih.
Lebih perit, perkara itu mula menjadi bualan dalam kalangan netizen sehingga ada yang mengata rambut suami kepada bintang popular itu sudah beruban. Meskipun begitu, netizen juga khabarnya mula menjadikan perkara itu sebagai bagai kutukan dan bertindak menyamakan Mira dan suami kelihatan persis anak dan bapa.
Biarpun ramai yang mengata mengenai rambut Wan Emir, namun ada yang mempertahankan dengan mengatakan bahawa rambut beruban adalah perkara biasa. Tidak kurang juga ada yang mengatakan mereka yang mengutuk sebenarnya dengki kerana Wan Emir berjaya menawan hati Mira Filzah.
Kata warganet lagi, soal paras rupa dan usia tidak penting kerana apa yang menjadi keutamaan adalah seseorang lelaki itu mampu membimbing dan menjaga Mira Filzah menjadi isteri yang solehah.
Sumber: My Artis
MochiPreg
September 15, 2020 at 10:46 am
aku umur 13 tahun dah ada uban tumbuh..byk membaca.
Ratu Lada
September 15, 2020 at 8:59 am
Gila! MF yang tak kacau hidup orang pun ramai haters…
Sis kagum!
Cici
September 15, 2020 at 12:16 am
xpe.. muda lg tuh.. bkn yg tua tp smpi lngsg xnmpk ubanya.. hairan jg kn.. abes dcabutnya smpi npis rmbutnya.. ermm?
Cici
September 15, 2020 at 12:05 am
xpe.. muda lg tuh.. bkn yg tua tp smpi lngsg xnmpk ubanya.. hairan jg kn.. abes dcabutnya smpi npis rmbutnya.. ermm?