Suami Beri Masa Sampai Hujung Tahun, Jika Isteri Tidak Kurus, Suami Cari Lain

Trending

Suami Beri Masa Sampai Hujung Tahun, Jika Isteri Tidak Kurus, Suami Cari Lain

Malam ketujuh Syawal, terasa sayunya hati. Tadi suami marah-marah, bising cakap badan saya makin naik. Gendut sangat. Tersentuh sangat hati.

krtIya, memang tak dinafikan fizikal saya memang besar. Suami pula kurus. Kacaklah juga. Kalau setakat WeChat tu, saya selalu tengok ramai perempuan ‘hai’ pada dia.

Advertisement



Lima hari ini, saya perasan dia macam buat muka saja. Syawal tahun ini memang paling menyedihkan. Ingatkan tahun ini bahagia sangat kerana kehadiran cahaya mata, rupanya tak. Sejak lima hari ini saya perasan dia tidur membelakangkan saya. Bila suruh peluk dan cium dia macam tak nak, tak macam selalu, tak payah suruh pun.

Rutin kami suami isteri, entahlah. Mungkin ada yang mengata tentang badan saya pada dia. Mungkin dia malu. Atau mungkin dia ada kenal perempuan dalam WeChat yang bentuk badan cantik. Sebab itu dia desak saya.

Sedih sangat, malam ini dia cakap dia beri saya masa sampai hujung tahun saja. Kalau tidak, jangan marah kalau dia cari lain. Sampai hati dia, sedangkan saya terima kekurangan dia.

Sembilan tahun menyemai kasih, bercinta bagai nak rak. Memang tak dinafikan, sejak bersalin badan saya terus naik. Dalam hati nekad, kali ini saya mesti diet. Tak nak dihina sebegini rupa lagi. Sedih.

Saya cuma pandang anak saja. Entahlah. Tak tau nak cakap. Padanlah sejak kebelakangan ini asyik marah-marah saja. Rupanya tentang badan. Apa dia cakap memang betul pun, makin lama makin gendut.

Dia tak tahu, gemuk saya inilah yang akan dia rindui satu hari nanti.-amazingnara.com

Sumber: Kisah Rumahtangga

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...