Suami Berang & Lafaz Cerai Kerana Berebut TV Dengan Anak Nak Tonton ‘K-Pop Demon Hunters’

Kehidupan

Suami Berang & Lafaz Cerai Kerana Berebut TV Dengan Anak Nak Tonton ‘K-Pop Demon Hunters’

Perkongsian seorang individu di laman sosial Threads mendapat tumpuan selepas dia menceritakan tentang satu kes perceraian yang berlaku baru-baru ini.

Menerusi hantaran itu, Syafiq Yuhaizad berkata perceraian tersebut berlaku disebabkan anak pasangan itu merengek mahu menonton filem tular berjudul K-Pop Demon Hunters di Netflix.

Advertisement

Bagaimanapun, si bapa pula bertegas ingin menonton program tv yang lain dan hal tersebut menyebabkan berlakunya pergaduhan.

Isteri lelaki berkenaan kemudian terpaksa campur tangan kerana melihat anaknya menangis dan tidak ditenangkan oleh si bapa tersebut.

Malangnya, ayat yang terkeluar daripada mulut si suami dalam keadaan marah: “Kita bercerai sahajalah.”

K-pop Demon Hunter

Terkedu wanita berkenaan tatkala ayat tersebut keluar dari mulut suaminya dan mereka ke Pejabat Agama keesokan hari untuk memohon pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Syariah.

Kata Syafiq, perkara tersebut mungkin berlaku disebabkan kekecewaan atau kemarahan lama yang dipendam dan tidak pernah dikongsi sebelum ini.

Apapun, sebagai lelaki… berhati-hatilah dengan apa yang dilafazkan. Kerana walau semarah mana sekalipun, selagi mana anda masih waras dan tidak hilang akal, lafaz talak boleh jatuh dan sah di sisi hukum.

kes cerai K-Pop Demon Hunters

Syafiq bagaimanapun berkata dia tidak mengikuti perkembangan kes pasangan tersebut namun perkongsiannya meraih perhatian warganet.

Antara komen yang ditulis adalah netizen yang bersetuju dengan Syafiq bahawa si suami sudah lama memendam perasaan namun ada juga yang menganggap dia tidak berfikir panjang sebelum berkata sebegitu kepada isterinya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Hafiz suip sah cerai
2025-07-29 07:31:03

Hafiz Suip & Isteri Sah Cerai Talak Satu - “Saya Tidak Menyesal Dengan Apa Yang Berlaku..”

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...