“Dunia sudah gila.” — itu reaksi rata-rata netizen selepas tular kisah seorang lelaki yang mendedahkan isterinya sanggup ‘menjual diri’ demi memiliki sebuah kereta jenama BMW.
Perkara itu dikongsi oleh Mohd Fadhli Salleh menerusi satu hantaran di Facebook, yang memaklumkan dia terbaca kisah berkenaan dan lebih mengejutkan, tindakan itu mendapat restu daripada si suami sendiri.
Terbaca status seorang wanita sanggup jual tubuh untuk dapatkan kereta BMW terpakai.
Kereta ingin dijual pada harga RM18 ribu, tapi dia ada RM11 ribu sahaja. Lebih malang lagi, suami dia benarkan isteri jual tubuh.
Kisah tersebut mencetuskan perdebatan hangat di ruangan komen, dengan ramai yang meluahkan rasa kecewa dan hairan mengapa ada pasangan sanggup menggadai maruah demi bergaya dengan kereta mewah buatan luar negara.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.