Tidak dinafikan, suami isteri yang sudah berkahwin mempunyai tanggungjawab masing-masing yang perlu dilakukan untuk menjaga keharmonian dalam keluarga.
Bagi yang tidak tahu, urusan rumah tangga seperti memasak, lipat baju atau mengemas rumah adalah tanggungjawab suami dan bukannya isteri. Namun, isteri boleh membantu melakukan kerja-kerja tersebut secara sukarela.
Ramai isteri yang bertindak melakukan urusan harian tersebut demi membantu memudahkan tanggungjawab suami, kerana itulah kita sering melihat isteri yang melakukan kerja-kerja tersebut.
Kata orang, air tangan isteri adalah pengikat dan penambah kasih sayang dalam kehidupan berumah tangga tetapi tidak semua wanita tahu untuk memasak apatah lagi menyediakan hidangan melayu yang agak renyah.
Isteri baru belajar memasak, setiap minggu ajak suami beli barang dapur untuk praktis
Tular baru-baru ini di laman TikTok, sebuah perkongsian video oleh seorang pengguna media sosial tersebut bernama nia_syaqiera yang memaparkan situasi pasangan suami isteri selepas selesai membeli barangan dapur di pasar raya.
Dalam perkongsian video tersebut, wanita itu memberitahu yang dia baru sahaja belajar memasak dalam tempoh dua ke tiga minggu dan sering mengajak suaminya untuk pergi membeli barangan dapur setiap minggu untuk praktis memasak.
Apa yang membuatkan penonton video tersebut terhibur adalah apabila si suami dilihat membebel kepada isterinya kerana terkejut dengan nilai harga barangan dapur yang mencecah RM500.
Si suami dengan manja membebel mengatakan kepada wanita tersebut yang seminggu mereka akan habiskan RM500 untuk barangan dapur, maka jumlah perbelanjaan untuk sebulan adalah RM2000.
Bukan itu sahaja, si suami juga sempat berseloroh mengatakan yang mereka bernasib baik kerana 5 tahun lalu isterinya itu tidak pandai memasak, jika tidak mereka pastinya tidak sempat untuk kaya. Lebih melucukan, suaminya bertindak membaling beberapa barangan ke dalam bonet kereta.
“Rezeki tu bang, bini pandai masak”
Setakat ini, perkongsian video tersebut telah mendapat sebanyak 542.5 ribu tontonan, 39.8 ribu tanda like dan 907 komen. Rata-rata netizen merasa terhibur melihat gelagat lucu suami wanita tersebut membebel kepada isterinya.
Ramai juga yang bersetuju mengatakan yang barangan dapur sememangnya mahal zaman sekarang ini, mereka yang tinggal berseorangan juga perlu belanja lebih dari RM100 seminggu dan itu tidak termasuk barangan lain lagi.
Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara