Suami Baran Tampar Isteri Di Tempat Awam Terakam Dalam ‘Live’ Media Sosial, Kini Diburu Pihak Polis

Kehidupan

Suami Baran Tampar Isteri Di Tempat Awam Terakam Dalam ‘Live’ Media Sosial, Kini Diburu Pihak Polis

Polis kini sedang mengesan seorang lelaki yang tular selepas satu rakaman video tular memaparkan dia mengasari isterinya di tempat awam.

Terdahulu, tular video yang memaparkan lelaki berkenaan memegang seorang kanak-kanak berjalan menghampiri wanita terbabit sebelum menamparnya di depan orang awam.

Advertisement

Tindakannya itu secara tidak sengaja terakam dalam satu video ‘live’ di media sosial dan kejadian tersebut dikatakan berlaku di sebuah pusat beli belah di Kota Warisan, Sepang baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, pihaknya menerima laporan daripada adik kepada wanita yang ditampar dalam video berkenaan.

Pengadu adalah adik kepada mangsa yang mengesahkan bahawa mangsa yang dipukul adalah kakak kandungnya berusia 35 tahun. Lelaki yang memukul mangsa adalah seorang lelaki tempatan berusia 50-an yang juga suami kepada wanita itu.

Polis sedang dalam proses merakam keterangan saksi tentang kejadian itu pada masa sama sedang mengesan keberadaan suspek dan juga mangsa.

Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 dan orang ramai yang mempunyai maklumat boleh hubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan Mahafiz Mat Lawi di talian 010-2396533.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

5 days ago

"Sepatut Bertanggungjawab Bagi Bantuan Pada Kami" - Suami Diminta Kerja Lebih Keras, Ibu 7 Anak Kecewa JKM Tak Nak Naikkan Bantuan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Buletin TV3

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...