Rasanya topik tentang isu rumah tangga sering menjadi topik hangat yang dibincangkan di media sosial terutamanya masalah dalaman atau nafkah.
Acap kali kita nampak luahan dan pendedahan tentang suami yang memberikan nafkah tidak mencukupi kepada isteri mereka.
Seperti hantaran di Twitter ini yang menimbulkan pertikaian ramai apabila si suami persoal isterinya adakah duit yang diberikan itu tidak cukup.
Minggu lepas abang bagi 200 kot tak kan tak cukup? Takkan dah habis? Awak beli apa?”
Bagaimanapun, cara si isteri membalas suaminya itu membuatkan ramai berpuas hati kerana dia menyenaraikan setiap barang dibeli bersama dengan harganya.
Nafkah anak dia kata 200 seminggu cukup ? pic.twitter.com/ex3eDylbb0
— Abudi Alsagoff (@AbudiAlsagoff) May 31, 2023
Rata-rata netizen memberikan pandangan masing-masing dan menghentam golongan lelaki yang tidak mengambil tahu tentang perbelanjaan isi rumah.
Seeloknya libatkan diri dalam pembelian dan pergi bersama isteri untuk lebih peka dengan urusan membabitkan wang ringgit.
Malah, ramai yang berkata jumlah nafkah diberikan lelaki itu kepada isterinya terlalu sedikit untuk seminggu apatah lagi dia harapkan ia boleh bertahan lebih daripada tempoh tersebut.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.