Suami Atikah Suhaime Berang Perkongsian Isteri Nak Beli iPhone Dikecam Ramai – “Kami Dah Boikot Lebih Pada Orang Lain”

Hiburan

Suami Atikah Suhaime Berang Perkongsian Isteri Nak Beli iPhone Dikecam Ramai – “Kami Dah Boikot Lebih Pada Orang Lain”

Suami kepada pelakon dan usahawan, Atikah Suhaime iaitu Datuk Lokman Teh meluahkan rasa kurang senang apabila segelintir warganet mengambil serius kejutan isterinya yang mahu menghadiahkannya sebuah telefon mewah.

Menerusi perkongsian di Threads, Lokman menegaskan dakwaan kononnya Atikah menolak projek bernilai RM1.2 juta sebelum ini kerana strategi pemasaran untuk menaikkan syarikat mereka adalah tidak benar.

Advertisement

suami Atikah suhaime

Saya cakap isteri nak hadiahkan telefon iPhone pun jadi isu?Suruh boikot la, jangan beli iPhone. Ada juga yang cakap sebelum ini tolak projek 1.2 juta sebab boikot atau marketing untuk syarikat?

Kena ingat, Threads adalah tempat selamat saya. Dekat tempat ini apa yang saya luahkan ikhlas. Tiada makna saya nak buat strategi murahan.” Kalau tidak suka jangan follow dan komen.

Jelas Sudah Lakukan Tanggungjawab

Lokman turut menegaskan dia dan keluarganya tidak memboikot semua produk, namun yakin sudah melakukan tanggungjawab lebih daripada kebanyakan orang lain.

suami atikah suhaime

Kalau nak boikot semua barang, rasanya saya dan isteri dah boikot banyak perkara lebih daripada orang lain. Itu adalah telefon, gajet yang diperlukan dalam kehidupan seharian.

Jangan sebab saya kongsi tentang iPhone semua nak menghakimi saya cakap saya tidak boikot langsung.Saya sudah lakukan bahagian saya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Achey
2025-09-24 13:47:00

"Ye Betul Saya Dah Sendu.." - Achey Tak Tahan Sebak Dituduh Makan Duit Hasil Bisnes Anak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...