Suami Askar Gigih Dukung Isteri Naik Gunung Untuk Photoshoot

Trending

Suami Askar Gigih Dukung Isteri Naik Gunung Untuk Photoshoot

Tidak dinafikan, outdoor photoshoot atau sesi penggambaran di luar sememangnya sudah menjadi satu kebiasaan bagi pasangan pengantin yang baru melangsungkan perkahwinan. Malahan, ia kini dilihat seperti sudah menjadi trend bagi mereka yang berkahwin untuk lakukan penggambaran di luar.

Tidak salah jika kita nak melabur lebih sikit bagi mengupah jurugambar profesional kerana gambar-gambar yang ditangkap itu pastinya mempunyai seribu makna yang akan kita kenang sampai bila-bila. Kata orang, satu gambar mempunyai seribu satu cerita.

Advertisement

3 years ago

Majlis Perkahwinan Cetus Kluster Baharu Di Sabah

Disebabkan itu, ramai yang bertindak memilih tema mereka yang tersendiri untuk melakukan outdoor photoshoot ini termasuklah tema nature, di tepi pantai, berseragam, atas kapal dan pelbagai lagi. Keputusan untuk pemilihan tema ini bergantung kepada permintaan pasangan tersebut serta bajet yang mereka ada.

Seorang askar sanggup duduk isteri panjat gunung untuk photoshoot di kawasan air terjun

Baru-baru ini tular di laman TikTok, sebuah perkongsian video oleh seorang pengguna yang bernama @suriaaaa._ yang memaparkan pasangan pengantin yang melakukan photoshoot mereka di kawasan air terjun.

Dalam perkongsian video tersebut, kelihatan pengantin itu sedang mencari tempat yang sesuai untuk sesi penggambaran pernikahan mereka di kawasan air terjun.

Pengantin lelaki dilihat memakai pakaian seragam kerana dia merupakan seorang askar manakala pengantin perempuan memakai gaun.

Apa yang menarik perhatian ramai penonton perkongsian video tersebut adalah apabila lelaki itu dilihat mendukung isterinya untuk memanjat gunung serta melalui jalan berbatu kerana isterinya memakai gaun.

Isterinya dilihat sangat tenang dan gembira kerana didukung, rakannya pula yang dilihat struggle untuk mendaki gunung tersebut.

“Ada askar lagi tak, tolong angkat akak baju kuning sekali kesian dekat dia naik sendiri”

Setakat ini, perkongsian video tersebut telah mendapat sebanyak 561.7 ribu tontonan, 44.3 ribu tanda like dan 1.4 ribu komen. Rata-rata netizen turut terhibur melihat lelaki itu mendukung isterinya untuk mendaki gunung tersebut.

Suami dokong isteri untuk photoshoot

Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

 

Suami dokong isteri untuk photoshoot

Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

Ramai juga yang berseloroh meminta maaf kepada suami isteri tersebut dan mengatakan pada mulanya mereka ingatkan lelaki itu sedang mendukung pocong kerana gaun pengantin wanita itu.

Tidak kurang juga yang berseloroh meminta orang ramai mencari seorang lagi askar untuk mendukung rakan mereka memakai baju kuning itu yang dilihat bersusah payan untuk mendaki gunung itu.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...