October 7th, 2020

Pasangan mana yang tidak sedih sekiranya rumah tangga yang belum mencecah usia setahun sudah pun dilambung ombak dan badai.

Rasanya ramai yang sudah menghidu masalah rumah tangga yang dihadapi pasangan Nadia Brian dan Muizz Nasruddin. Perkara tersebut mula menjadi buah mulut orang ramai selepas mereka tidak lagi berkongsi gambar bersama di laman media sosial.

pergolakan rumah tangga nadia brian dan muizz nasruddin

Semakin mengejutkan apabila lelaki itu bertindak memuat naik gambar hitam putih diiringi keterangan gambar seolah-olah dirinya dikhianati.

“Kami masih suami isteri, ketika ini. Cuma, saya dan Nadia sudah tidak tinggal sebumbung sejak hampir tiga bulan lalu.”

Muizz menegaskan bahawa dia tidak pernah menghalau isterinya keluar dari rumah bahkan sudah berkali-kali dipujuk untuk kembali tinggal bersama. Pun begitu, Nadia menolak dan memilih untuk tinggal di rumah ibunya.

Malah lelaki itu menjelaskan bahawa luahan hatinya di laman Instagram sebelum ini adalah kenyataan yang benar.

“Entri saya dalam IG bukan cerita rekaan. Saya memang dihina, dihalau, dikhianati dan dianiayai.”

 

pergolakan rumah tangga nadia brian dan muizz nasruddin

Tambahnya, dia ada menghubungi ibu serta keluarga Nadia bagi menyelesaikan masalah antara mereka namun semuanya meenemui jalan buntu.

“Saya sedaya upaya mahu menyelamatkan rumah tangga, tetapi Nadia tidak mahu memberi kerjasama.”

 

Nadia yang dihubungi nampaknya enggan memberi komen panjang mengenai isu tersebut kerana ianya yang peribadi selain mengambil kira keadaan pandemik COVID-19.

Semoga pasangan ini menemui jalan penyelesaian yang terbaik.

Sumber: Berita Harian


2 responses to “Suami Akui Sudah Tiga Bulan Tidak Tinggal Sebumbung Dengan Nadia Brian”

  1. swing says:

    nsib nsib… kurrrrr kurrrr

  2. Anonymous says:

    opps pecah tembelang. Muiz ni punya lah baik pon tak reti nak bersyukur.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...