April 4th, 2016

Sekitar minggu lepas, sebuah laporan di akhbar mendakwa ada pihak yang kurang senang dengan aksi mesra Adira dan suaminya Dato Red yang terlalu gedik menampilkan kemesraan mereka dalam sebuah majlis perkahwinan.

Menurut sumber tersebut, Adira dan suaminya saling berbalas ciuman di khalayak ramai.

Tidak cepat melatah dengan gosip berkenaan, Dato Red menerusi portal BH PLUS telah tampil menjelaskan perkara sebenar.

Jelas Dato Red, beliau hanya memberikan kucupan di dahi Adira sebelum isterinya membuat persembahan dan tidak menyangka aksi mereka itu diperhatikan. Buat Dato Red tidak salah untuk mereka mesra sebegitu kerana hubungan mereka sudah halal.

Bercium ada pelbagai jenis dan tidak semestinya pada mulut saja. Apa yang berlaku adalah kami berada di belakang pentas di mana isteri saya mencium tangan sebelum membuat persembahan. Saya beri kucupan di dahi tanda restu.

Tidak sangka ada yang memerhati dan menambah rasa kepada cerita itu sehingga menjadi sensasi. Lagipun kami sudah sah sebagai suami isteri dan halal untuk bersentuhan, namun kami masih lagi tahu batas untuk tidak keterlaluan depan orang ramai.

Dato Red pada masa yang sama berharap masyarakat hentikan segala kecaman terhadap beliau dan Adira serta mendoakan yang terbaik buat mereka.

Sumber Berita : BH PLUS


Comments are closed.

Loading...