Zaman sekarang ini agak sukar untuk golongan muda membeli rumah yang agak cantik ataupun selesa kerana harga rumah sekarang mahal harganya.
Paling-paling pun rumah flat dan apartmen yang mampu untuk dimiliki oleh golongan yang baru mendirikan rumah tangga.
Walaupun hanya mampu tinggal di dalam rumah flat ataupun apartment bukan bermakna rumah anda tidak boleh kelihatan mewah dan juga cantik.
Seorang cikgu telah berkongsi di dalam Facebook miliknya bagaimana beliau mentransformasi rumah apartment kepada rumah elegan dengan hanya bermodalkan RM10 ribu.
Jika anda semua lihat rumah beliau, sangat cantik dan memang jadi menjadi idaman buat semua isteri di luar sanalah. Mengapa ya? Mari kita lihat perkongsian cikgu ini bagaimana dia boleh mentrasformasikan rumahnya dengan sangat cantik.
Farid Saadul Baharim berkata, bahawa ini adalah rumah pertama beliau dan isteri, iaitu rumah apartment. Rumah teres tidak mampu kerana harganya mahal sangat tetapi impian tetap ada.
Idea ini telah dikongsikan untuk memberi inspirasi kepada orang ramai di luar sana.
Saya bab deco rumah ini memang suka, ini design dan style yang saya minat. Pemilihan tema hitam putih dalam rumah tidak salah cuma kena pandai bermain warna.
Katanya, barangan di rumah seperti sliding door, sinki, pintu bilik air, pintu dan sebagainya dibeli terus dari kilang-kilang dan pembekal.
Beliau juga membeli perabot di Econsave, Mr DIY dan IKEA.
Wainscoting juga saya dan isteri saya buat sendiri dengan bajet RM250 sahaja berbanding upah orang buat sampai RM1000. Yang mana boleh buat sendiri, saya dan isteri buat sendiri, bila dah siap rumah sekurang-kurangnya ada kenangan manis kita bangunkan rumah ni sama-sama baru kita hargai setiap detik masa bersama.
Renovate tidak semestinya kena beli perabot atau barang mahal dekat kedai yang gempak, beli kedai biasa-biasa pun boleh, dekat eco, Mr DIY, Ikea (tengok barang ada yang berbaloi ada yang tidak) dan lain-lain yang penting nampak mewah, elegan, stylish.
Belanja lebih sedikit
Tak salah kita belanja lebih sikit untuk rumah sendiri nak nampak selesa sebab benda ni permanent, untuk rumah kita juga, nak bagi selesa isteri, anak-anak duduk.
Ikut kemampuan
Kita balik dari kerja penat-penat pun masuk rumah sedap mata memandang boleh rehat. Buat ikut kemampuan diri dan sikit-sikit. Bulan ni buat kabinet, 2 bulan lagi buat lain pula. Biar barang murah beli kat eco pun boleh tetapi nampak mahai dan mewah, kena pandai pilih barang.
Rekaan sendiri 95%
Rumah ini 95% saya yang design, isteri saya redho je la macam mana saya design.
Kawasan ruang tamu sebelum dan selepas
Kawasan dapur sebelum dan selepas
Ruang Tandas sebelum dan selepas
Pintu masuk dan rak kasut
Ruang makan
Ruang basuh kain
Saya doakan pada yang lain yang masih dalam proses
membeli rumah dipermudahkan segala urusan. Rezeki dari Allah bukan dari tempat kerja atau pun gaji yang banyak, In Shaa Allah pasang niat yang betul Allah permudahkan usaha kita.
Wah cantik sungguh hiasan rumah cikgu, berbaloi dapat suami macam cikgu.
Sumber: Facebook