“Student Tapi Rampas Laki Orang!” – DDNK Minta Netizen ‘Stop’ Kecam Isteri, Mohon Beri Ruang

Trending

“Student Tapi Rampas Laki Orang!” – DDNK Minta Netizen ‘Stop’ Kecam Isteri, Mohon Beri Ruang

Sedia maklum, sejak media menyebarkan berita perkahwinan pakar saham, Datuk Dr Nazri Khan (DDNK) baru-baru ini, isteri barunya iaitu Datin Tuan Nor Ernie Rosemerie tidak berhenti menerima kecaman daripada para warganet.

Susulan itu, DDNK tampil membuat satu video memohon agar orang ramai untuk berhenti dari mengecam isterinya.

Advertisement

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tiger of AlQuds (@capricedaddycap)

Melalui video yang dimuat naik oleh Caprice itu, pakar saham berkenaan sedar sejak media melaporkan tentang perkahwinannya, pelbagai tuduhan tidak berasas telah dilemparkan buat pasangan berkenaan.

Bagaimanapun, yang teruk menerima kritikan daripada netizen adalah isteri barunya hingga dituduh perampas. Oleh sebab itu, DDNK mohon orang ramai berhenti mengecam isteri kerana dia masih muda dan bimbang kecaman yang diterima ganggu pembelajarannya.

Dia masih lagi berumur 25 tahun, seorang student. Mudah-mudahan dia boleh survive dengan apa yang berlaku.

Meninjau di ruangan komen hantaran video berkenaan, rata-rata netizen meluahkan rasa menyampah melihat DDNK back-up isterinya kerana merasakan apa yang dilalui oleh pasangan itu adalah balasan mengkhianati bekas isteri sebelum ini.

Sekadar info, Ernie ada memberi amaran kepada mana-mana pihak yang menyebarkan fitnah bahawa dirinya akan mengambil tindakan undang-undang sekira ada gambar yang disalahguna, mahupun tuduhan berbaur fitnah.

Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah.

3 bulan lalu

"I Dipanggil Perampas!" - Isteri DDNK Siap Baling Bantal Jumpa Caprice Luah Rasa Kecewa Dikecam

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

1 Comment

  1. Anonymous

    September 18, 2022 at 7:19 am

    fitnah apa ni Ernie? mmg u kawen kt thailand kan? knp x kawen kt Msia properly? hahaha

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...