Sedia maklum, sejak media menyebarkan berita perkahwinan pakar saham, Datuk Dr Nazri Khan (DDNK) baru-baru ini, isteri barunya iaitu Datin Tuan Nor Ernie Rosemerie tidak berhenti menerima kecaman daripada para warganet.
Susulan itu, DDNK tampil membuat satu video memohon agar orang ramai untuk berhenti dari mengecam isterinya.
View this post on Instagram
Melalui video yang dimuat naik oleh Caprice itu, pakar saham berkenaan sedar sejak media melaporkan tentang perkahwinannya, pelbagai tuduhan tidak berasas telah dilemparkan buat pasangan berkenaan.
Bagaimanapun, yang teruk menerima kritikan daripada netizen adalah isteri barunya hingga dituduh perampas. Oleh sebab itu, DDNK mohon orang ramai berhenti mengecam isteri kerana dia masih muda dan bimbang kecaman yang diterima ganggu pembelajarannya.
Dia masih lagi berumur 25 tahun, seorang student. Mudah-mudahan dia boleh survive dengan apa yang berlaku.
Meninjau di ruangan komen hantaran video berkenaan, rata-rata netizen meluahkan rasa menyampah melihat DDNK back-up isterinya kerana merasakan apa yang dilalui oleh pasangan itu adalah balasan mengkhianati bekas isteri sebelum ini.
Sekadar info, Ernie ada memberi amaran kepada mana-mana pihak yang menyebarkan fitnah bahawa dirinya akan mengambil tindakan undang-undang sekira ada gambar yang disalahguna, mahupun tuduhan berbaur fitnah.
Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah.