Setiap kali anda ingin menikmati audio atau video menggunakan peranti mudah alih, mesti anda terfikir sama ada ingin memuat turun atau strim kandungan tersebut kan?
Untuk bantu anda buat keputusan tentang mana yang lebih berbaloi untuk dipilih dan dapat menjimatkan data internet, kami sediakan beberapa perkara penting yang perlu dipertimbangkan.
Muat turun dan strim mempunyai fungsi yang sama
Samada anda memilih strim atau muat turun, fungsinya tetap sama. Fail tetap dihantar ke peranti anda cuma yang membezakannya ialah fail strim tidak disimpan di dalam memori peranti. Kedua-kedua proses masih menggunakan data, tetapi jika anda muat turun fail tersebut ke dalam peranti mudah alih, anda boleh akses lagu atau video kegemaran anda pada bila-bila masa tanpa perlu menerima (atau memuat turun) data sekali lagi.
Saiz fail tetap (biasanya) sama
Perkara lain yang perlu difahami ialah siaz fail itu sendiri. Sama ada strim atau muat turun, sai fail tetap sama dan tak berubah. Contohnya, jika MP3 dengan saiz 3.5 MB, fakta itu tidak akan berubah walaupun anda strim atau muat turun.
Walau bagaimanapun, pilihan tertentu mungkin berbeza bergantung pada kualiti yang ada. Sekiranya anda mempunyai pilihan untuk strim video pada 480p tetapi boleh memuat turunnya pada 720p, fail 720p akan lebih besar berbanding tontotan atas talian. Ini bermakna muat turun fail memerlukan lebih banyak data daripada menonton secara atas talian.
Ada beberapa website atau aplikasi, seperti Netflix dan YouTube, membolehkan anda memilih resolusi yang lebih rendah supaya anda boleh jimatkan data.
Anda guna fail itu untuk apa?
Disebabkan banyak persamaan antara kedua-dua cara ini, jadi anda perlu lihat semula kenapa dan bagaimana anda ingin menggunakan fail tersebut.
Kalau ada lagu yang anda suka dan ingin dengar setiap hari, jadi lebih baik memuat turun lagu itu. Anda hanya menggunakan data sekali sahaja, dan anda boleh memainkan semula lagu selagi masih ada dalam memori peranti. Yang lebih bagusnya lagi anda masih boleh menikmatinya walaupun tiada sambungan internet.
Tetapi jika anda tidak berminat untuk menggunakan fail lebih daripada sekali, strim adalah pilihan yang lebih bijak kerana tidak perlu meletakkan fail ke dalam peranti. Ini bermakna anda boleh menikmati lagu atau video tanpa kehilangan sebarang kapasiti memori peranti. Ini sangat sesuai jika anda berada di kawasan dengan isyarat yang kuat dan ingin mengakses maklumat dengan serta-merta.
Jika anda pilih untuk “pause”
Dalam situasi di mana jika anda memainkan fail audio atau video dan memutuskan bahawa anda tidak mahu menyelesaikannya atau ingin ‘pause’ fail tersebut, kami cadangkan untuk strim sahaja. Lebih jimat!
Memuat turun memerlukan fail yang dipilih untuk disimpan secara keseluruhan sebelum anda dapat menikmatinya, sementara streaming membolehkan ia dimainkan tanpa keseluruhan fail yang dimuatkan.
Gunakan data dengan cermat
Kredit: Phone Dog
Nampak seperti banyak analisis yang pelru dibuat sebelum memilih antara strim atau memuat turun fail. Tapi jika anda menggunakan pelan data terhad, perkara ini sangat penting!
Oleh itu, semak semula saiz fail dan data, serta pertimbangkan keperluan anda, barulah boleh membuat pilihan yang terbaik.
Sumber:lifehack.