Pejam celik pejam celik kita sudah pun berada di tahun 2018. Setiap awal tahun, satu perkara yang wajib Abang Nara lakukan ialah membuat bajet untuk sepanjang tahun ini. Iyerlah, sedikit sebanyak nak tahu juga buat kiraan kasar perbelanjaan makanan, insurans bulanan, bayar installment kereta, susu anak, sekolah, perubatan dan macam-macam lagilah. Bila dah ada bajet, senang la untuk kita merancang apa yang patut untuk menghadapi tahun 2018 ini.
Kira punya kira, memang banyak duit yang perlu dikeluarkan untuk tahun 2018 ini. Pening juga kepala Abang Nara bila melihat jumlah bajet yang dianggarkan. Nampak gaya macam perbelanjaan seperti membeli barang mainan anak-anak, makan di luar dan perabot murah akan dikurangkan lebih daripada 50%. Pening kepala ini dibuatnya. Takkan tak ada penyelesaian yang lebih baik?
Akibat stress memikirkan bajet tahun 2018, Abang Nara pun melayari YouTube untuk menghilangkan rasa tension. Tup-tup tertonton pulak trailer filem DOWNSIZING.
Filem DOWNSIZING ini dibintangi oleh Matt Damon dan Christoph Waltz. Ia diarahkan oleh pengarah tersohor Alexander Payne. Abang Nara suka betul dengan konsep yang dibawa oleh filem DOWNSIZING ini. Mana taknya, tak payah pening-pening kepala nak fikir pasal duit, bajet dan perbelanjaan selepas dikecilkan. Semuanya akan jadi mudah, murah dan selesa. Contohnya:-
1. Nasi lemak sebungkus boleh makan 5 orang
2. Rumah & kereta sangat murah sebab saiz yang kecil

nak rumah bungalow pun boleh. Kereta Ferrari pun tak ada masalah. Semua jadi murah sebab dah DOWNSIZING
3. Air mineral sebotol boleh tahan sebulan
4. Nak shopping barang kemas? Semuanya jauh lebih murah

lepas dah di DOWNSIZING, confirm permata camnie jadi murah je harganya. Iyerlah saiz dah jadi super duper kecil kan?
5. Boleh bercuti secara mewah
Best kan? Fuh!!! Secara teorinya memang nampak kita akan dapat kehidupan yang lebih indah, selesa dan bahagia. Namun adakah ia akan kekal buat selama-lamanya? Kalau nak tahu apakah yang terjadi kepada Matt Damon selepas dirinya dikecilkan, kenalah tonton filem DOWNSIZING yang akan mula ditayangkan di pawagam Malaysia pada 18 Januari 2018 ini. Memang tak sabar Abang Nara nak pergi menontonnya!!!
Sekiranya Abang Nara diberi pilihan untuk dikecilkan, pasti Abang Nara akan terima tanpa ragu-ragu. Tak payah pening-pening dan stress-stress nak fikir tentang perbelanjaan lagi. Boleh juga gunakan tukaran mata wang ini untuk mengetahui kiraan yang betul berdasarkan pendapatan, simpanan dan hutang yang telah sedia ada sebelum nak berbelanja. Bestkan? Anda pula bagaimana? Pastikan anda tak terlepas menonton DOWNSIZING bermula 18 Januari ini. Untuk lebih informasi, layari Facebook UIP Malaysia. Selamat menonton!!