Stress Dengan Kerja, Ini 3 Lokasi Best Anda WAJIB Pergi Untuk Day Trip!

Branded

Stress Dengan Kerja, Ini 3 Lokasi Best Anda WAJIB Pergi Untuk Day Trip!

Sejak masuk fasa endemik ni, ramai orang dah mula bekerja secara fizikal. Haa, pagi-pagi confirm jam bila nak pergi kerja. 

Bila dah sampai tempat kerja pula, macam-macam kerja nak kena buat sampai boleh jadi burn out. Belum masuk nak layan karenah orang dekat tempat kerja lagi. Bertambah stress!

Haa, tak perlu pening-pening kepala fikir semua masalah tu. Jom kami kongsikan 4 tempat menarik yang korang boleh buat day trip untuk mendapatkan ketenangan minda!

1. Kuala Selangor, Selangor

Petron Blaze95

Kalau anda menghala ke arah barat dari Kuala Lumpur, anda akan sampai ke pekan kecil pantai Kuala Selangor yang menempatkan sekumpulan kelip-kelip terbesar di dunia tau! Wahh, mesti cantik kan?!

Nak tengok kelip-kelip tu,  anda perlu menaiki bot menyelusuri sungai Selangor bersama dengan pemandu tempatan. Botnya santai saja kerana tak mahu menganggu habitat kelip-kelip. Anda pun akan rasa tenang je, naik bot waktu malam ditemani dengan bunyian alam. 

Selain itu, kalau anda datang ke Kuala Selangor, anda wajib cuba makan makanan laut di sana sebab mereka menghidangkan makanan laut segar yang ditangkap setiap hari. Uish, terliur dengar! 

Untuk anda yang berkeluarga, anda boleh meluangkan masa bersama di Santuari Burung Melawati sebab dekat sini ada banyak spesies burung dan monyet yang jarang ditemui tau. Bestnya!

2. Cameron Highlands, Pahang

Petron Blaze95

Siapa dekat sini suka berjalan-jalan ke tempat yang bersuhu rendah serta dikelilingi kehijauan alam? Tak dinafikan, tempat-tempat seperti menjadi “healing process” untuk sesetengah orang. 

Antara tempat yang biasa orang datang menikmati persekitaran dingin serta tenang adalah di Cameron Highlands, Pahang yang terletak kira-kira 200 kilometer dari Kuala Lumpur. 

Haa, kalau anda datang ke sini untuk daytrip, ia sangat berbaloi sebab terdapat banyak aktiviti yang anda boleh lakukan serta jarak antara destinasi ke destinasi tidak jauh. Haa, banyak masa anda boleh jimat tau!

Kalau datang ke Cameron Highlands, tak sah kalau tak singgah ke ladang teh untuk menikmati pelbagai jenis perisa teh serta kemanisan buah yang sangat popular iaitu strawberi. Ini lah masanya untuk anda makan puas-puas!

Kalau anda rasa-rasa nak healing dengan bunyi derusan air serta udara hutan segar, anda boleh singgah ke air terjun Lata Iskandar. Tempat ni confirm best untuk berkhemah atau berkelah!

3. Ipoh, Perak

Petron Blaze95

Kalau anda ingin menikmati makanan autentik serta melawat tempat-tempat yang instagrammable sebagai satu ketenangan jiwa, anda wajib datang ke Ipoh, Perak! 

Bandar Ipoh bukan saja terkenal dengan bangunan-bangunan tinggalan sejarah yang dipulihara, malah ia juga menjadi destinasi utama untuk aktiviti food hunting

Kalau anda datang ke sini, antara makanan yang anda wajib cuba adalah nasi ayam Ipoh atau mi ayam cincang sebab ia merupakan antara menu yang paling popular!

Bukan itu saja, Ipoh juga terkenal dengan keenakan aroma kopi putih yang boleh didapati di Kedai Makan Nam Heong! Perghhh, confirm terangkat!

Selain itu, anda juga boleh berjalan-jalan di bandar Ipoh sambil menangkap beberapa gambar yang instagrammable sebab dekat sini ada banyak bangunan-bangunan lama yang sangat cantik! Nostalgik sangat!

Nikmati Perjalanan Terbaik Dengan Petron Blaze 95!

Petron Blaze95

Wah, nampak best kan tempat-tempat ni? Sesuai sangat untuk day trip dan hilangkan stress! 

Sebelum berjalan jauh pasti kan minyak kereta tu cukup; nanti tak sampai ke tempat yang dituju. Lagi best kalau anda dapat travel ke tempat-tempat ini dengan menggunakan Petron Blaze 95. Barulah perjalanan anda bertambah lancar!

Untuk pengetahuan, Petron Blaze 95 ini di rumus dengan teknologi tambahan terbaik yang dapat memberikan prestasi kepada enjin secara optimum. 

Bukan itu saja, ia juga mengandungi bahan tambahan detergen yang sangat berkesan dalam memastikan penyuntik bahan api enjin bersih dan injap masuk untuk mengekalkan operasi yang cekap dan lancar. Wow!

Ia juga mengandungi pengubah suai geseran yang dapat mengurangkan geseran enjin untuk meningkatkan kuasa dan tindak balas. Baru lah lancar perjalanan nanti

Paling penting, ia mempunyai peningkatan pembakaran unik yang menggalakkan pembakaran bahan api lengkap untuk memberikan lebih kuasa serta dapat mengurangkan penggunaan bahan api. Ini yang kita mahukan!

Untuk pengetahuan, ada banyak manfaat kalau anda isi minyak dengan Petron Blaze 95 ni tau, antaranya,

– Kuasa dan pecutan yang optimum

– Penjimatan bahan api yang lebih baik

– Perlindungan enjin lebih baik dan hayat enjin yang lebih lama

Haa, kami dah cerita banyak ni tentang minyak Petron Blaze 95., apa kata anda cuba sendiri uji pandu dengan minyak Petron Blaze 95 sambil buat day trip ke tempat-tempat yang kami cadangkan! Singgah dulu di Petron, isi Petron Blaze 95, belum cuba belum tau

Maklumat lanjut tentang promosi daripada Petron, layari laman web rasmi Petron, atau ikuti media sosial di Facebook dan Instagram

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

Tinggalkan Komen Anda Di Sini