Stres Bekerja Dari Rumah, Jurutera Maut Gantung Diri

Trending

Stres Bekerja Dari Rumah, Jurutera Maut Gantung Diri

Seorang lelaki yang dikenali sebagai Jigar Gandhi, difahamkan bertindak menggantung diri akibat tidak dapat mengawal tekanan yang dihadapi berikutan rutin norma baharu iaitu bekerja dari rumah.

Menurut laporan Times of India, Jigar dilaporkan pulang dari tempat kerjanya di Haryana, India, ketika perintah berkurung diumumkan di negara tersebut.

Advertisement

Selaras dengan penguatkuasaan tersebut, beliau yang juga seorang jurutera elektrik itu dikehendaki bekerja dari rumah selama beberapa bulan. Namun segalanya bertukar tragedi selepas beliau ditemui maut susulan menggantung diri.

Hasil siasatan juga mendapati, ahli keluarga mengesahkan beliau sebelum ini memang mempunyai tekanan kerja sepanjang pandemik Covid-19 melanda.

Untuk rekod, sebelum kejadian berlaku, Jigar dikatakan sempat menelefon bapa saudaranya dan meminta bapa lelaki terbabit menemaninya untuk satu malam.

Lebih perit, perancangan untuk melangsungkan hari pertunang pada hujung tahun ini juga dilihat musnah selepas beliau kini disahkan telah meninggal dunia.

Sumber: Times of India

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...