Stres Antara Punca Kemurungan

Trending

Stres Antara Punca Kemurungan

Menjalani kehidupan sama seperti kisah dongeng fantasi atau menentukan takdir hidup sendiri tanpa perlu berhadapan dengan sebarang tekanan pastinya menjadi idaman sesiapapun.

Tekanan atau stres bukan sahaja menggangu kualiti kehidupan seharian, bahkan ia turut mendorong berlakunya kemurungan terutama bagi mereka yang mengalami masalah di tempat kerja dan keluarga.

Advertisement

Menurut Penaung Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA), Tan Seri Lee Lam Thye, depresi atau kemurungan menjadi penyakit kesihatan mental utama yang dialami rakyat Malaysia menjelang 2020.

Malah, Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan pada tahun lalu menunjukkan sebanyak 29 peratus rakyat Malaysia mengalami depresi dan gangguan kecelaruan berbanding 12 peratus bagi 2011.

Tidak mendapat sokongan keluarga mahupun sahabat terdekat turut mempengaruhi seseorang itu berdiam diri dan memendam emosi tanpa mendapatkan jalan penyelesaian untuk meluahkan kekecewaan.

Oleh sebab itu, berikut merupakan antara lima langkah yang dapat membantu mengurangkan tekanan emosi dan mengelakkan anda daripada mengalami depresi.

Tidur yang cukup membantu menghindarkan diri daripada mengalami stres. – Medical Xpress

1. Tidur yang cukup

Sesetengah individu yang terlalu obses dengan kerjaya, bagi mereka waktu tidur hanya mendatangkan kerugian berbanding keuntungan. Namun, kebanyakan mereka tidak menyedari bahawa memiliki waktu tidur yang cukup berupaya meningkatkan kualiti hidup. Bagi golongan dewasa, kalian disarankan untuk tidur sekurang-kurangnya lapan jam sehari. Tidur yang cukup bukan sahaja dapat menghindari daripada berasa letih, bahkan ia turut membantu kita untuk berfikir secara efektif. Mengelakkan platform media sosial seperti WhatsApp atau melakukan sebarang aktiviti menggunakan gajet sekurang-kurangnya 45 minit sebelum masuk tidur.

2. Memperbanyakkan komunikasi

Cuba berkomunikasi dengan ahli keluarga atau teman rapat agar dapat meminta pandangan tentang permasalahan yang dihadapi serta cuba untuk elakkan daripada berada dalam keadaan bersendirian. Pada masa sama, cuba keadah terapi bercakap atau dikenali sebagai psikoterapi. Cara ini secara tidak langsung berfungsi sebagai alat pengurusan tekanan untuk meringankan gejala tekanan dan kebimbangan. Menerusi terapi tersebut, ahli psikoterapi akan berbincang mengenai permasalahan yang dihadapi pesakit selain cuba memperbetulkan pola pemikiran negatif. Harus ingat, mendapatkan khidmat ahli psikoterapi belum cukup kukuh untuk membuktikan individu tersebut kurang siuman.

Ketawa dapat membantu kita untuk mengurangkan stres. – Know Your Meme

3. Terapi ketawa

Sekiranya ketawa secara tiba-tiba, kalian pasti akan dituduh sebagai individu kurang siuman. Tetapi, menurut satu kajian yang dijalankan Universiti Loma Linda, Amerika Syarikat pada 2001 mendapati, peserta yang melihat video lucu mengalami penurunan dalam hormon tekanan kortisol dan adrenalin. Peningkatan endorfin yang berlaku secara tidak langsung meningkatkan mood dan melegakan kemurungan. Tabiat itu turut meningkatkan sistem imunisasi tubuh. Jadi, program mahupun bahan bacaan berunsurkan komedi berpotensi untuk mengurangkan stres dan mengelakkan individu tersebut mengalami kemurungan.

4. Senaman secara konsisten

Senaman bukan sahaja dapat memberi kesihatan kepada tubuh badan dan memiliki fizikal yang menarik, tetapi aktiviti tersebut juga berupaya menghindarkan kita daripada mengalamai masalah tekanan perasaan. Bagi golongan dewasa, kalian disarankan untuk melakukan aktiviti fizikal selama 20 minit sebanyak tiga kali seminggu. Setiap senaman dilakukan perlu mengikut prosedur yang betul dan bersesuai.

5. Meditasi atau yoga

Cuba merehatkan tubuh dan minda menggunakan cara meditasi atau yoga. Kaedah tersebut dapat memberi manfaat positif seperti melegakan tekanan, mengurangkan tekanan darah, mengurangkan perasaan sakit dan juga mencegah kesakitan berulang pada pesakit yang mengalami kemurungan. Kaedah senaman yoga juga mampu memperbaiki fleksibiliti tubuh dan membantu mengurangkan tekanan perasaan yang dialami.

Melakukan meditasi atau yoga merupakan antara kaedah yang dapat membantu untuk mengurangkan tekanan perasaan. – Kaiser Permanente Business

Sumber: Akhbar Kosmo!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...