Streamer Selamatkan Gadis Dari Lelaki Mencurigakan Ketika Tengah ‘Live’ Dengan Berpura-Pura Menjadi Rakannya

Trending

Streamer Selamatkan Gadis Dari Lelaki Mencurigakan Ketika Tengah ‘Live’ Dengan Berpura-Pura Menjadi Rakannya

Semasa tengah melakukan ‘live’ di hadapan sebuah restoran kebab, lelaki warganegara Australia ini muncul sebagai hero dan menyelamatkan seorang gadis dari lelaki mencurigakan. Semuanya bermula apabila gadis itu mendekatinya dan memperkenalkannya sebagai rakannya kepada lelaki yang mencurigakan itu.

Gadis tersebut diekori oleh lelaki misteri itu dan bertindak menghampiri Robcdee, dan meminta bantuannya secara diam. Robcdee dengan segeranya terus menyamar sebagai rakan kepada gadis itu dan membuatkan lelaki mencurigakan itu beredar dari situ.

Advertisement

streamer

streamer

Lelaki mencurigakan dipercayai rakyat Jepun itu kemudian meninggalkan gadis itu bersama ‘rakannya’. Selepas lelaki itu beredar, dia mengucapkan terima kasih kepada Robcdee kerana secara spontan berlakon menjadi rakannya.

Robcdee kemudian bertanya padanya adakah dia berada dalam bahaya sebentar tadi dan gadis itu mengiyakannya. Meninjau di bahagian komen, ada yang mengatakan pada awal video gadis itu berkata ‘Tolong saya’ secara senyap semasa mereka melintas di hadapan Robscdee.


Tindakan spontan Robcdee mendapat pujian ramai yang rata-ratanya memuji keberaniannya menyelamatkan wanita daripada gangguan itu. Ini juga bukanlah kali pertama dia muncul sebagai hero kerana sebelum ini, Robcdee pernah membantu wanita lain yang diganggu di Tokyo berdasarkan perkongsian netizen.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...