Straw Plastik Diharamkan, Ini Alternatif Mesra Alam Untuk Anda Cuba

Trending

Straw Plastik Diharamkan, Ini Alternatif Mesra Alam Untuk Anda Cuba

Rasanya semua orang sedar tentang betapa bahayanya penggunaan plastik pada alam sekitar.

Pelbagai kempen dilakukan seperti bayaran pada setiap penggunaan beg plastik dan kempen bebas beg plastik tetapi masih ramai yang mengganggap masalah ini bukanlah sesuatu yang serius.

Advertisement

Sekarang, penyedut minuman plastik atau straw menjadi tumpuan dalam usaha menjaga alam sekitar dan usaha mengurangkan penggunaan plastik.

Sumber: Sf eater

Oleh itu, satu lagi inisiatif diambil oleh Kementerian Wilayah di mana mereka akan mengharamkan penggunaan straw plastik pakai buang di semua kedai dan restoran makanan di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan mulai Januari tahun depan.

Langkah itu bertujuan mengurangkan pencemaran dan memelihara alam sekitar.

Manakala tindakan penguatkuasaan akan diambil bermula tahun 2020 selepas pengguna terutama peniaga diberi kesedaran mengenai bahaya penggunaan produk berasaskan plastik.

Peruntukan undang-undang yang sama seperti penggunaan beg plastik dan bekas makanan polistirena akan digunakan iaitu peniaga yang didapati me­langgar peraturan boleh dikompaun tidak melebihi RM1,000.

Jadi bagaimana nak berhenti gunakan straw plastik?

Anda jangan risau, sebenarnya terdapat banyak lagi pilihan straw untuk menikmati minuman sejuk kegemaran anda. Ini merupakan empat alternatif yang mesra alam untuk anda cuba.

Straw buluh

Sumber: Vulcan Post

Ringan, boleh diguna semula dan bebas dari bahan kimia serta pewarna. Memang sangat berbaloi untuk anda cuba dan yang penting selamat.

Straw kertas

Straw kertas pakai buang merupakan alternatif untuk menggantikan straw plastik. Walaupun diperbuat daripada kertas, tetapi anda tidak perlu risau, ia sangat kuat dan tidak akan hancur jika dimasukkan ke dalam minuman kerana kertasnya dikompos dengan sempurna.

Straw besi tahan karat

Pasti ada yang risau jika menggunakan straw jenis ini boleh menimbulkan bahaya kecederaan terutamanya kepada kanak-kanak. Tetapi sebenarnya straw besi tahan karat ini selamat digunakan dan juga hujung besi berkenaan dibulatkan dengan sempurna untuk mengelakkan sudut yang tajam. Selain itu, ia juga mudah dibersihkan dan dibawa ke mana sahaja.

Bawa botol sendiri

Sumber: Bon Appetit

Ini cara paling mudah, anda boleh gunakan botol anda sendiri untuk membeli air di kedai atau restoran dan sememangnya solusi terbaik untuk mengelakkan penggunaan straw plastik.

Bahan plastik mengambil masa antara 200 hingga 1000 tahun untuk   hancur mereput dan terlerai menjadi sebahagian dari tanah jika di buang di tempat pelupusan sampah.

Bagaimana pula dengan sampah plastik yang dibuang bukan pada tempat yang sepatutnya? Jadi diharap langkah ini sedikit sebanyak dapat membantu menyelamatkan alam sekitar dari terus kotor dan tercemar.

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...