“Stop Talking Nonsense About My Husband” – Suami Dianggap Miskin Harta, Siti Elizad Luah Rasa Terkilan

Hiburan

“Stop Talking Nonsense About My Husband” – Suami Dianggap Miskin Harta, Siti Elizad Luah Rasa Terkilan

Pelakon Siti Elizad meluahkan rasa kecewa apabila suaminya, Shamsul Baharin Abdul Rahman, menjadi sasaran kecaman dan dianggap tidak mampu menyediakan kehidupan mewah untuknya.

Dalam satu perkongsian di Instagram Story (IGs), Elizad atau nama penuhnya Siti Elizad Mohd Sharifuddin menjelaskan bahawa walaupun kehidupannya tidak kelihatan mewah di mata sesetengah pihak, namun dia tetap merasa bahagia dengan cara tersendiri.

Advertisement

Stop talking nonsense about my husband. Terlihat biasa di mata awak tetapi sangat luar biasa di mata saya.

Hidup saya tak mewah macam awak tapi Alhamdulillah lebih dari cukup. Allah dah tetapkan kami begini, jadi jalani saja dengan tenang, tak kacau orang pun.

Elizad berkongsi perkara itu selepas memuat naik momen bersama suaminya ketika menyertai konvoi motosikal sempena sambutan hari lahirnya yang ke-41 pada Ahad lalu.

siti elizad

Pelakon drama popular ‘Teman Lelaki Upahan’ itu turut menegaskan bahawa kebahagiaan dalam perkahwinan bukan bergantung kepada kemewahan semata-mata.

Apa yang dia (suami) sediakan, saya dah gembira. Teratak kecil kami, makan di kawasan rehat dan rawat, hotel RM80, gelak-gelak sepanjang naik motor, naik tongkang, itu semua dah buat saya bersyukur. Hidup kami tak berlumba dengan orang lain sebab hidup ini bukan satu pertandingan.

Untuk makluman, Elizad dan Shamsul Baharin berkahwin dalam satu majlis tertutup yang dihadiri ahli keluarga terdekat pada 11 Januari 2015.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

3 weeks ago

(TAHNIAH) Mas Khan, Qi Razali Selamat Bergelar Suami Hari Ini

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...