May 21st, 2020

Bukan perkara baru lagi, tetapi sudah acap kali industri drama dan perfileman tanah air ditegur penonton bahkan pelakon sendiri dek kekurangannya. Paling terkesan apabila ramai yang bandingkan kualiti drama tempatan dengan produk hasil Hollywood dan juga Korea.

Malahan Nabila Huda turut menyentuh isu ini menerusi Instagram Story baru-baru ini. Pada awalnya, wanita ini memuat naik poster drama ‘Hollywood’ di mana ia menceritakan sekumpulan pelakon dan pembuat filem yang cuba merealisasikan impian mereka selepas Perang Dunia kedua.

nabila huda

Nabila menyatakan bahawa pasti seronok sekiranya screen test di Malaysia dilakukan sama seperti apa yang ditonjolkan di dalam drama tersebut. Turut memuji pembuatan kostum dan set penggambarannya, dia berharap agar bajet yang mencukupi disediakan bagi mengeluarkan produk setanding dengan ‘Hollywood’.

“Kalau asyik nak potong bajet pelakon, pekerja, scriptwriter, sampai abang Jamil mampus la kita asyik shoot kat Hulu Langat untuk scene kampung.”

nabila huda tegur produksi drama

Bahkan Nabila mencadangkan supaya industri ini mengguna pakai generasi muda dalam proses suntingan kerana mereka lebih arif dengan teknologi terbaru.

Bukan itu sahaja, pihak produksi juga tidak sepatutnya berkira dengan bajet untuk pakaian pelakon sepanjang drama berlangsung.

“Produser pun jangalan la kedekut sangat bagi budget RM5k untuk 13 artis untuk 26 episod.. Memang baju bundle la jawabnya!”

nabila huda tegur produksi drama

Tak dilupa mengenai pemilihan pelakon yang sering menjadi topik utama menentukan kegagalan dan kejayaan sebuah drama.

Bagi Nabila, pelakon sepatutnya dipilih daripada kemampuan mereka untuk melakonkan sesuatu watak dan bukannya ditentukan berdasarkan jumlah pengikut Instagram mereka.

nabila huda tegur produksi drama

Pelakon berbakat ini juga meminta produser berhenti mengambil pelakon kegemaran mereka atau pun pilihan stesen televisyen sahaja. Tak salah lakukan uji bakat terlebih dahulu bagi pelakon baru bagi memastikan mereka dapat membawa watak tersebut.

nabila huda tegur produksi drama

nabila huda tegur produksi drama

Penggunaan lokasi yang sama sebagai set penggambaran juga turut disebut oleh Abil, patutnya melakukan pencarian tempat yang sesuai terlebih dahulu dan bukannya main sebat tawaran yang murah sahaja.

nabila huda tegur produksi drama nabila huda tegur produksi drama

Selain itu, Abil turut meminta agar kesemua kakitangan sesebuah produksi supaya diberi bayaran tambahan sekiranya dipaksa bekerja lebih daripada waktu kerja yang ditetapkan.

nabila huda tegur produksi drama

Nabila turut menegur pengurus kepada artis baru yang tidak mempelajari latar belakang drama dan terus sahaja ‘demand’ harga yang tak masuk akal sebagai bayaran.

“Bakat pun belum tentu ada, agak-agak la nak ketuk produser mintak duit sampai satu episod 4k.”

nabila huda tegur produksi drama nabila huda tegur produksi drama

Nabila mengakhiri luahan tersebut dengan memuji banyak bakat hebat dalam industri drama tanah air, cuma keadaan dan persekitaran yang kekal sama membuatkan semua kakitangan berasa penat.

nabila huda tegur produksi drama

Semoga industri drama Malaysia bakal mengalami perubahan untuk kebaikan semua.

Sumber: Instagram


2 responses to ““Stop Pilih Pelakon Kegemaran Produser, Stesen TV” – Nabila Huda Mahu Industri Drama Malaysia Berubah”

  1. Juhai says:

    Saya setuju dgn komen yg diberi oleh Nabila Huda. Klu nk pilih pelakon utk sesuatu watak biarlah bersesuaian dgn umur. Bkn watak remaja tp pelakonnya yg umur dh akhir 20an atau 30an yg diremajakan, x kn langsung. Kita ramai pelakon2 remaja yg blh bwk watak itu jd x perlu kedekut tuk kluarkn bajet. Kdg pelakon2 remaja ni lbh berbakat dr yg dewasa tu sbb mereka dh berlakon sejak kecil lgi.

    Mcm yg Abil ckp, skrip, jln cerita dh best tp pemilihan pelakon yg membuatkn drama tu jd spoil. Mtk pihak produser, penerbitan & stesen tv jgn lg pilih pelakon berdasarkn follower mereka di media sosial tp pilih pelakon yg berbakat & bnr2 sesuai dgn watak yg diberi.

    Terima kasih.

  2. Anonymous says:

    cleaner pakai contact lense tu mesti cerita Budak Tebing.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...