Tampil menempelak tindakan segelintir pengguna media sosial yang menghubunginya untuk meminjam wang dikala saat terpaksa menempuh kesulitan hidup, pelakon sensasi Zarina Anjoulie dedah perkara itu kepada umum di laman Instagramnya.
Ujarnya, beliau amat terkilan apabila wujud dalam kalangan pengikutnya yang mahu meminjam wang ekoran terjebak dengan pinjaman wang haram Ah Long.
“Stoplah minta aku duit macam aku ni ban kau. Ada kaki, ada tangan pergi cari kerja, ingat aku ni babu ke kena kerja untuk kasi orang aku tak kenal duit. Dah lah nak minta beribu-ribu. 90 peratus kat DM aku semua nak pinjam duit sebab terjebak dengan Ah Long. Padan muka tu je aku boleh cakap.”
Lebih mengecewakan, Zarina mendedahkan ada antara pengguna media sosial yang gah menayang kemewahan namun hakikatnya tidak seperti apa yang ditonjolkan kerana dihimpit masalah kewangan dan hidup susah.
“Bila tengok profile wah hidup gah. Wahai Melayu tolonglah sedar diri kalau dah miskin buat cara miskin.Gambar bukan main nak bawa 5 Series tapi nak pinjam duit aku yang bawa Satria buruk ni. Itu pilihan kau yang nak hidup macam have-have tapi akaun bank 30 sen.
Menurutnya lagi, ia kelihatan sangat menjengkelkan kerana ramai lagi insan yang wajar diberi pertolongan berbanding golongan seperti ini.
“Meluatnya masing-masing nak berangan. Yang menjengkelkan kenapa orang yang minta ni tak ada malu langsung dan apa yang mereka fikir aku akan beri? Baik aku bagi anak-anak yatim makan daripada aku kasi kau.”
Terdahulu, ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, Zarina merupakan antara selebriti tempatan yang tidak lekang menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan. Malah namanya juga sekali lagi menjadi perhatian selepas dirinya tampil menyelar tindakan selebriti tanah air yang menyeru kerajaan supaya tidak meminggirkan golongan artis yang khabarnya “layak” mendapat bantuan “khas” atas sumbangan mereka dalam industri hiburan tempatan.