“Stop Komen L*cah!” – Suami Berang Ada Individu Dakwa Kahwini Lelaki Muda Punca Jasmin Hamid ‘Heart Attack’

Hiburan

“Stop Komen L*cah!” – Suami Berang Ada Individu Dakwa Kahwini Lelaki Muda Punca Jasmin Hamid ‘Heart Attack’

Sedia maklum,dua hari yang lalu pelakon Jasmid Hamid dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari (CCU) akibat terkena serangan jantung dan ia dimaklumkan sendiri oleh suaminya, Nazmir Abd Rahim di Instagram pelakon tersebut.

Namun, melalui laporan daripada mStar, Nazmir berasa berang dengan tindakan segelintir netizen yang meninggalkan komen tidak sepatutnya seperti mengaitkan hubungan seksual mereka menjadi punca Jasmin terkena serangan jantung.

Advertisement

Nazmir yang juga merupakan pengurus peribadi pelakon terbabit meminta agar netizen yang tidak bertanggungjawab ini berhenti dari menulis komen berbaur lucah dan hormat keadaan isterinya yang sedang bertarung nyawa.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by jasminhamid (@jasminhamidjh)

Saya nikahi Jasmin kerana Allah. Terima kasih kepada kalian yang bercakap buruk tentang saya dan isteri. Kalau tak suka kami, abaikan kami.

Dalam pada berasa kecewa dengan sesetengah netizen, suami kepada Jasmin Hamid itu juga berterima kasih kepada orang ramai yang mendoakan kesembuhan isterinya.

Sekadar info, Jasmin mengalami masalah jantung itu atas kerana faktor kolestrol dalam badan selain dari mempunyai keluarga yang juga ada sejarah sakit seperti yang dilaluinya sekarang ini.

jasmin
2 years ago

"Macam Ibu Dan Anak" - Jasmin Hamid Dikutuk Bersuami Muda, Minta Netizen Jaga Adab

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...