Sedia maklum,dua hari yang lalu pelakon Jasmid Hamid dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari (CCU) akibat terkena serangan jantung dan ia dimaklumkan sendiri oleh suaminya, Nazmir Abd Rahim di Instagram pelakon tersebut.
Namun, melalui laporan daripada mStar, Nazmir berasa berang dengan tindakan segelintir netizen yang meninggalkan komen tidak sepatutnya seperti mengaitkan hubungan seksual mereka menjadi punca Jasmin terkena serangan jantung.
Nazmir yang juga merupakan pengurus peribadi pelakon terbabit meminta agar netizen yang tidak bertanggungjawab ini berhenti dari menulis komen berbaur lucah dan hormat keadaan isterinya yang sedang bertarung nyawa.
View this post on Instagram
Saya nikahi Jasmin kerana Allah. Terima kasih kepada kalian yang bercakap buruk tentang saya dan isteri. Kalau tak suka kami, abaikan kami.
Dalam pada berasa kecewa dengan sesetengah netizen, suami kepada Jasmin Hamid itu juga berterima kasih kepada orang ramai yang mendoakan kesembuhan isterinya.
Sekadar info, Jasmin mengalami masalah jantung itu atas kerana faktor kolestrol dalam badan selain dari mempunyai keluarga yang juga ada sejarah sakit seperti yang dilaluinya sekarang ini.