Stesen TV3 Mohon Maaf Isu Tetamu Lelaki Menyerupai Wanita Di AJL39 – “Kami Akan Pastikan Kejadian Ini Tidak Berulang Lagi”

Hiburan

Stesen TV3 Mohon Maaf Isu Tetamu Lelaki Menyerupai Wanita Di AJL39 – “Kami Akan Pastikan Kejadian Ini Tidak Berulang Lagi”

Kecoh sebelum ini mengenai isu tetamu lelaki yang berpakaian menyerupai wanita ketika menghadiri Anugerah Juara Lagu ke-39 pada malam Ahad lalu.

Susulan itu, ramai meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan para tetamu yang secara terang-terangan berbusana wanita kerana bertentangan dengan agama serta budaya tempatan.

Advertisement

Selaku penerbit anugerah AJL39, stesen penyiaran TV3 tampil membuat permohonan maaf dan mendedahkan sudah meletakkan garis panduan berpakaian agar tidak menyalahi peraturan ditetapkan.

Sebagai saluran penyiaran yang bertanggungjawab, TV3 sentiasa komited untuk mematuhi undang-undang dan garis panduan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa, termasuk apa yang telah digariskan kerajaan.

TV3 ingin menegaskan bahawa pakaian menyerupai wanita oleh tetamu tersebut tidak pernah dibenarkan dan tidak selari dengan norma dan nilai-nila yang dijunjung oleh masyarakat Malaysia serta peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan.

Pihak TV3 juga memaklumkan mereka akan mengambil maklum dengan keresahan masyarakat berkenaan isu itu.

Kami mengambil maklum bahawa insiden ini telah menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat, dan memohon maaf atas kejadian tersebut.

Terdahulu, isu tetamu lelaki berpakaian wanita di malam AJL39 itu juga telah mendapat perhatian JAKIM serta SKMM.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 hours ago

Peminat Aina Abdul Dikecam, Dakwa Penyanyi Itu Yang Pertama Lengkapkan Trofi Anugerah Juara Lagu - "Salah, Hafiz Yang Pecah Rekod Dulu.."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Portal

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...