Kekejaman China pada masyarakat Muslim Uighur semakin mendapat perhatian ramai. Walaupun berita ini tidak disebarkan meluas oleh media di luar sana, ramai yang memberikan sokongan bantahan di media sosial.
Terbaru, pemain bola sepak Arsenal iaitu Mesut Ozil turut lantang bersuara tentang ketidakadilan yang diberikan kepada Muslim Uighur di China.
Ozil baru-baru ini memuat naik gambar caption di laman Twitter miliknya. Tweet yang dimuatnaik di dalam bahasa Turki itu mengutuk tindakan China di atas kekejaman mereka itu.
Di dalam tweet itu, dia turut mengkritik negara Muslim yang lain yang tidak bersuara dan membantu masyarakat Muslim Uighur yang ditindas.
“Al Quran dibakar, masjid ditutup, madrasah diharamkan, para ilmuwan agama dibunuh satu persatu.”
#Hay?rl?CumalarDo?uTürkistan ?? pic.twitter.com/dJgeK4KSIk
— Mesut Özil (@MesutOzil1088) December 13, 2019
Here’s the translation: pic.twitter.com/MkyMwz4J8F
— IlmFeed (@IlmFeed) December 13, 2019
Siaran perlawanan dibatalkan
Gara-gara tweet yang dimuatnaik oleh pemain tengah Arsenal ini, stesen televisyen China iaitu CCTV bertindak menarik balik siaran perlawanan di antara Arsenal dan Manchester City. Permainan Liga Premier di London itu digantikan dengan perlawanan Tottenham dan Wolverhampton Wanderers.
Sokongan yang diberikan oleh Mesut Ozil ini menarik perhatian ramai yang rata-rata turut menyokong apa yang dikatakn oleh Ozil. Ramai juga yang memuji keberaniannya untuk bersuara membela nasib Muslim yang lain.
As an Uyghur whose parents detained in concentration camp and prison, Thank You so much!
— Alfred_Uyghur (@Alfred_Uyghur) December 13, 2019
Thank you brother, May Allah reward you.
“Those who are silent when others are oppressed are guilty of oppression themselves” great Muslim leader and grandson of Prophet Muhammad (peace be upon him) Imam Hussein Said. pic.twitter.com/IJeDsi3X5s
— Abdulla Tohti Arish (@Googoom1) December 13, 2019
Shout out to @MesutOzil1088 for having the courage to take a principled stand & speak out on the massive human rights abuses being committed by China against Muslims in #EastTurkestan ?????? #UyghurGenocide #Uighur | via @IlmFeed pic.twitter.com/v9H0wVXGGg
— MPACUK (@MPACUK) December 14, 2019
Artikel berkaitan: Boikotlah Barangan Buatan China, Kerana Umat Islam Uighur Dilarang Berpuasa!