Sekiranya anda berkunjung ke Stesen Kereta Api Shinjuku, Tokyo, pasti anda dapat melihat kesan-kesan kerosakan di dindingnya.
Namun jangan terkejut, kerana itu hanyalah lukisan sempena pelancaran permainan baharu dalam PlayStation 4, Jump Force yang baru dilancarkan pada 15 Februari baru-baru ini.
Lukisan dinding selebar 15 meter itu menunjukkan ‘kerosakan’ akibat pertempuran daripada watak yang terdapat di dalam permainan tersebut seperti Goku, Luffy dan Naruto.
Mengenai permainan terbaharu Jump Force, ia adalah permainan pertempuran bertemakan watak-watak popular dari siri manga yang disiarkan dalam majalah Shueisha Weekly Shonen Jump termasuk dari Naruto, Dragon Ball dan One Piece.