Kalau anda baru bercita-cita nak riki-riki atau nak mengorat Stephen Rahman Hughes, hero filem Hikayat Merong Mahawangsa, sila batalkan hasrat anda. Rakan media kami, RotiKaya telah melaporkan dan menyertakan gambar perkahwinan Stephen Rahman dan isterinya, Anjalina Mehra. Stephen Rahman tidak bujang lagi, dia adalah seorang suami. Anda sudah tidak ada peluang lagi.
Perkahwinan mereka dikhabarkan berlangsung di Tuscany, Itali dan berlangsung dengan meriah selama lima hari dan dihadiri oleh sanak saudara dan rakan terdekat. Majlis perkahwinan mereka yang sedikit pun tiada unsur adat Melayu atau pun unsur Islam di’adakan pada bulan puasa September 2010 yang lalu.
Abang Nara tak dapat nak sahkan status agama Stephen Rahman ini. Berdasarkan gambar-gambar perkahwinannya dengan Anjali Mehra, tiada unsur-unsur Islamik yang diterapkan. Islam atau tidak, hanya mereka yang mengenali Stephen Rahman sahaja yang tahu. Kalau anda ada info, boleh tinggalkan info anda di ruangan komen.
Lagi gambar perkahwinan Stephen Rahman Hughes dengan membaca entri ini sepenuhnya.