Minggu lepas, Abang Nara telah pergi ke Zoo Negara untuk majlis pelancaran Celcom First.
Seingat Abang Nara, dah berpuluh tahun jugaklah Abang Nara tak menjejakkan kaki ke Zoo Negara. Semasa naik tram, Abang Nara terfikir kenapa majlis pelancaran ini dilakukan di Zoo Negara. Apa kaitan Celcom First dan haiwan-haiwan di dalam Zoo?
Rupa-rupanya, pelancaran Celcom First ini disimbolikkan dengan seekor gajah yang diberi nama Teriang. Teriang berumur 32 tahun dan dibawa ke Zoo Negara sempena projek “wildlife adoption” yang dianjurkan oleh Celcom. Sehebat dan sekuat gajah, Celcom First menjanjikan sesuatu yang hebat untuk pengguna Celcom.
Antara ciri-ciri awesome Celcom First ialah:-
1. One Rate
2. Real Rate
3. Auto Rate
4. Pick a Paid
5. Pay Your Way
6. Smart Menu
7. First Advantage
Nanti Abang Nara akan ceritakan lebih details tentang kelebihan Celcom First ini dalam satu lagi entri. Abang Nara paling bangga apabila Celcom mengumumkan yang setiap RM0.10 daripada setiap pelanggan baru Celcom First akan didermakan untuk menjaga kebajikan Teriang. Satu usaha yang sangat murni.
Kalau anda dah tak sabar nak tahu lebih lanjut tentang Celcom First, sila layari www.celcom.com.my sekarang jugak.
P.S: Hari itu jugaklah first time Abang Nara tengok gajah membuang air besar. Sungguh besar tahinya.
Scarlett O'Hara
July 2, 2012 at 10:02 pm
Tetiba teringin nak ke Zoo Negara lagi.Tengok gajah! :D
achunurul
July 2, 2012 at 4:14 pm
malas dah nak percaya dengan celcom. kawasan rumah saya even area KL, line celcom tah hape2. langsung tak nak buat pembaikan. boikot kang baru tau. siksa. setiap kali nak call org, kena menebeng kat balkoni. sama jugak time nak on broadband dia. tolongkan upgrade! kalau nak suruh buat additional, sampai bila?
MK
July 2, 2012 at 2:47 pm
kesian Teriang nampak macam stress jek…
vee avi
July 2, 2012 at 10:51 am
aii…first time aku pegi zoo negara dulu masa aku habis tadika..sekarang umur aku 23,anak dah masuk dua org…tapi zoo negara masih sma…teringat nostalgia dulu2…hihihi..entah2 si gajah dan girafah pun masih yang sama…
nara nara
July 2, 2012 at 9:28 am
aku pernah nengok gajah zoo negara tu mengawan depan pelawat. Mula2 dia kibas badan ngan habuk tanah… ingankan marah rupa-rupanya nak buat projek… ha ha. Leh tahan gak ‘anu’ nya… he he