“Steady Lah Ustaz Favorite Malaysia” – Caprice Sindir Ebit Lew & Ustaz Tido Buat PK Live Di TikTok

Hiburan

“Steady Lah Ustaz Favorite Malaysia” – Caprice Sindir Ebit Lew & Ustaz Tido Buat PK Live Di TikTok

Baru-baru ini, penyanyi dan pempengaruh Caprice kembali mencuri perhatian apabila berkongsi satu rakaman sesi Live TikTok membabitkan dua figura dikenali Ebit Lew dan Ustaz Tido.

Perkongsian itu turut disertakan kapsyen sinis:

Advertisement

“Steady lah ustaz favorite Malaysia,”

yang dipercayai ditujukan secara sarkastik kepada mereka yang sering digelar ‘ustaz’ oleh netizen.

Dalam rakaman berdurasi beberapa minit itu, kedua-dua individu terbabit dilihat sedang berentap dalam sesi PK Live, lengkap dengan pertarungan gifting points yang tinggi seperti yang lazim dalam trend TikTok sekarang.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa kecewa dan sinis, menganggap tindakan itu seperti menjatuhkan maruah golongan agamawan.

Dalam suasana dunia yang sedang bergolak, dan umat Islam berdepan pelbagai cabaran serta penderitaan, wujud persoalan sama ada platform Live TikTok kini berubah menjadi ‘pentas’ mencari populariti dan habuan semata-mata.

Ramai juga menyifatkan ia sebagai satu bentuk ‘content’ yang mengelirukan, apatah lagi apabila melibatkan individu berimej agama.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2025-06-22 21:55:51

"Insaflah, Melampau Sangat Ni" - Fara Mendoza Buat Hal Lagi, Netizen Mengucap Panjang Tengok 'Posting' IG

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Caprice

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...