“Steady La Adik!” – Aksi Berani Si Cilik Tunggang Kerbau ‘Bobi’ Cuit Hati Warga Maya

Kehidupan

“Steady La Adik!” – Aksi Berani Si Cilik Tunggang Kerbau ‘Bobi’ Cuit Hati Warga Maya

Anak yang kian membesar merupakan anugerah yang perlu diberi perhatian ibu-bapa. Pada fasa ini, si cilik pastinya gemar meneroka dan mencuba pelbagai perkara baru. Betul tak?

Baru-baru ini, tular di media sosial perkongsian nrnjihah mengenai telatah comel anaknya yang menunggang kerbau. Menariknya, aksi adik ini terlihat sangat berani dan selamba tau!

Kerbau peliharaan keluarga yang diberi nama Bobi itu juga seolah selesa dengan kehadiran adik ini. Memang nampak manja sangat.

Advertisement

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen terlihat sangat terhibur dan teruja dengan keberanian anak kecil ini.

Selain memujinya, ada juga yang sempat menyelit kehidupan mereka yang fobia dengan kerbau. Memang lucu habis.

“Steady lah adik! Akak sampai sekarang fobia dengan kerbau, kes balik dari jogging, air teh kena ligan..sampai rumah tinggal plastik je!”

Macam-macam hal ya. Apa pun adik ini memang comel! Semoga sifat berani adik ini dapat menjadikannya seorang yang hebat kelak.

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...