“Status Sekarang, Dia Kekasih Saya” – Sufian Suhaimi & Bekas Kekasih Kembali Jalin Hubungan Cinta

Hiburan

“Status Sekarang, Dia Kekasih Saya” – Sufian Suhaimi & Bekas Kekasih Kembali Jalin Hubungan Cinta

Penyanyi, Sufian Suhaimi mendedahkan hubungannya bersama bekas kekasih iaitu Rania Al Sadat sudah kembali terjalin.

Memetik dari Mstar, Sufian berkata dia sudah bersedia untuk menamatkan zaman bujangnya apabila tiba masanya.

Advertisement

Ya, kami sudah kembali bersama. Status sekarang dia kekasih saya.

Sufian Suhaimi

Tak berani nak cakap bila berbaik tapi nak ucapkan terima kasih kepada mereka yang mendoakan yang baik-baik buat kami.

Dalam pada itu, penyanyi itu turut memberitahu dia memilih untuk terus melangsungkan pernikahan jika ditakdirkan dirinya berkahwin.

Mungkin selepas ni saya terus berkahwin tiada majlis tunang. Tapi tak tahu lagi tahun ini atau bila tapi insya-Allah doakan saya.

Sufian Suhaimi

Penyanyi itu menegaskan dia dan Rania berpisah bukanlah kerana kewujudan orang ketiga.

Sebelum ini, Sufian mengesahkan hubungan cintanya dengan Rania berakhir apabila cincin risik dipulangkan pada April tahun lalu.

sufian
10 months ago

"Tiada Pergaduhan Atau Orang Ketiga.." - Tidak Jadi Bernikah, Sufian Suhaimi Pulangkan Cincin Risik Pada Bekas Teman Wanita

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Mstar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...