“Status Kami Belum Bertunang..” – Ramai Salah Sangka Sufian Suhaimi Telah Bertunang, Bakal Tamatkan Zaman Bujan Tahun Ini

Hiburan

“Status Kami Belum Bertunang..” – Ramai Salah Sangka Sufian Suhaimi Telah Bertunang, Bakal Tamatkan Zaman Bujan Tahun Ini

Penyanyi popular, Sufian Suhaimi telah mengejutkan orang ramai dengan berita bahawa video pertunangannya yang tular pada tahun lepas telah disalah sangka. Kata penyanyi ini, status dirinya masih belum tunang orang.

Bukan majlis tunang

Menurut Sufian, majlis tersebut bukanlah majlis pertunangan sebaliknya hanya majlis merisik sahaja tetapi penyanyi ini tidak menafikan telah merancang untuk mengadakan majlis pertunangan yang sebenar.

Advertisement

Status kami masih belum bertunang. Sebenarnya majlis merisik kami rancang untuk buat secara kecil-kecilan dengan dihadiri keluarga dan teman rapat sahaja.

 

Ramai yang salah faham, itu bukan bertunang, tapi sebenarnya merisik. Bertunang itu tak ada keperluan, tapi kalau hendak menyempurnakan adat, kami akan buat juga.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by BabyPian Official Page (@babypian.hq)

Rancangan bernikah

Pada masa yang sama, pelantun lagu Terasa Ada ni turut berkata bahawa dirinya merancang untuk bernikah pada tahun ini.

Mengikut perancangan kasarnya saya ingin mendirikan rumah tangga pada tahun ini. Insya-Allah tahun ini raya kali terakhir sebagai single.

Terdahulu, sempat tular sebuah video yang memaparkan dipercayai ibu kepada penyanyi ini sedang menyarungkan cincin kepada seorang wanita yang dikatakan teman wanita Sufian.

sufian suhaimi rania abang
7 months ago

"Suruh Bakal Adik Ipar Kau Bayar" - Individu Dedah Abang Bakal Isteri Sufian Suhaimi Berhutang RM12K, Penat Mengemis

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Portal

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...