Status It’s Over Di Instagram Alyah Cetus Tanda Tanya

Hiburan

Status It’s Over Di Instagram Alyah Cetus Tanda Tanya

Kisah rumah tangga Alyah dan Ramli MS sering dilanda kontroversi dan spekulasi. Tidak dapat dinafikan mereka menerima pelbagai jenis ujian yang boleh menggugat perkahwinan.

Terbaru, Alyah memuat naik sebuah foto di Instagram yang hanya menunjukkan imej berwarna hitam kosong beserta kapsyen “it’s over” dan sekaligus mencetuskan tanda tanya dikalangan peminat.

Advertisement

Ramai mempercayai bahawa status tersebut ada kena mengena dengan permasalahan rumah tangga yang mungkin sedang dihadapi oleh Alyah dan Ramli MS. Menyedari pelbagai spekulasi mula tercetus, Alyah sudah memadam foto tersebut dari akaun Instagram miliknya.

Berbicara soal permasalahan rumah tangga orang,  ia adalah isu yang agak sensitif. Kita tidak boleh membuat sebarang andaian kerana ia bakal mengundang fitnah. Kami berharap agar berita keretakan rumah tangga Alyah dan Ramli MS tidak benar. Doakan semoga rasa cinta dalam diri mereka terus kuat dalam menempuh dugaan perkahwinan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...