Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Status Ibu Tunggal Tidak Halang Semangat Farah Lee Sambung Belajar Di UK

Farah Lee bukanlah selebriti popular tetapi beliau antara wanita yang cukup kuat, bersemangat dan mempunyai jumlah peminatnya tersendiri. Kehidupan Farah bersama anak kecilnya, Maream Esaabel mula mendapat perhatian ramai apabila beliau sah bercerai dengan personaliti tv popular, Ally Iskandar.

Advertisement

Menerusi akaun Instagramnya, Farah sering memuat naik aktiviti seharian mereka anak-beranak. Malah, hubungan harmoni Farah bersama bekas suaminya juga sering dijadikan inspirasi buat orang ramai diluar sana.

Terbaru, niat Farah untuk terus menimba ilmu akhirnya termakbul apabila beliau mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana dalam bidang Pendidikan Khas Kanak-Kanak di Leeds, United Kingdom.  Untuk pengetahuan anda, Farah juga memiliki ijazah dalam bidang Kejuruteraan Mekaninal dari Inha University, Korea Selatan.

Advertisement

 

Perkongisan Farah mengenai penghijrahannya bersama Maream ke UK mendapat pujian netizen yang rata-rata menganggap beliau seorang wanita yang tabah dan bersemangat. Mereka turut mengucapkan selamat maju jaya kepada Farah.

Memang bukan mudah untuk menuntut ilmu di negara orang, apatah lagi terpaksa juga menggalas tanggungjawab sebagai seorang ibu pada masa yang sama. Tentunya, Farah memerlukan kesabaran dan semangat yang kuat untuk beri tumpuan kepada pelajaran dan anaknya juga. Apa-apa pun, kami juga mendoakan agar segalanya dipermudahkan buat beliau dan agar segala impiannya tercapai.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

28 Comments

  1. Anonymous

    September 14, 2018 at 8:17 am

    Sebelum tu sudh ada degree mechanical engineering.
    Knpa x bermint jdi engineer ye…duduk dlm opis dn site…skrg cuaca pnas sgt…sapa mahu jdi hitam klau pompuan.
    Maka beralih arah lh ke pendidikan.
    Oklh jugk kn.
    Dapur dn wanita tak mungkin berpisah.

  2. Anonymous

    September 14, 2018 at 8:15 am

    jadi janda je. bukan jadi OKU.
    i am amazeball kenapa benda2 kecik macam ni nak dijadikan teladan.

    tapi, sisi baik farah lee yg nak dijadikan teladan ialah :

    1. mementingkan ilmu. Sabda nabi “tuntutlah ilmu sehingga sampai ke negeri China”.

    2. suka glemer dan up up kan diri tapi in a good way dia masih kekalkan sikap malu wanita Melayu Muslim.

    haaa 2 ni sisi baik dia. aspek dia jaga anak elok2, pakai tudung ke, solat 5 waktu. itu wajib okay. wajib dan kita sendiri pun kena wajib buat. itu x amaze ball.

    • Pekerja Gomen

      September 14, 2018 at 8:29 am

      “tuntutlah ilmu sehingga sampai ke negeri China”. – ini hadis palsu. Banyakkan membaca ye.
      Tp tak dinafikan… mmg menuntut ilmu digalakkan dalam Islam.

  3. Gambar Panas Ayu?

    September 14, 2018 at 8:14 am

    Respect dgn farah lee ni..bkn senang nk bwk anak prgi merantau jauh2..sorang diri pulak tu..tanpa keluarga dan tanpa seorang lelaki di sisi..semoga farah sentiasa selamat di sana

  4. Anonymous

    September 14, 2018 at 7:53 am

    Huh..knapa mt salleh. Knapa x afganistan..kn pure muslim

  5. Sarah

    September 14, 2018 at 1:38 am

    Ok ni pendapat personal aku la. Maaf eh Farah. Aku tak suka part bila perempuan bijak yang dia je betol haha. Farah memang bijak. Cube ko tengok kalau dia bagi pendapat tentang something yang offend dia, dia akan menghadiskan and twist bagi nampak macam mana pun dia tak salah. Lagi satu, kenapa dia care sangat dengan haters di Insta dia. Sorang je yang kutuk – itulah yang akan dapat perhatian dia. Mesti dia respond komen panjang lebar. Banyak lagi orang yang sayang and komen positif kat Insta dia. Ada dia kisah.

    Lagi satu – dah-dah lah cerita pasal ko jamming, nak hadiahkan lagu whatever. Dah 3 series cerita lama dah tak seswai. Pendapat aku je ye. Aku bukan hater Farah. Sekadar onservation. Maaf and thanks Farah. GL.

    • cilimanis

      September 14, 2018 at 2:44 pm

      haters la ni…tak ngaku pulak..hehe..

    • akubukanhaters

      September 14, 2018 at 2:55 pm

      mana ada haters mengaku dia haters.

Loading...
To Top